"Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakal, maka ALLAH akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana ALLAH memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyangan."
(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)
Apabila terbang sang burung, ia umpama manusia yang merantau.. bermusafir...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah S.A.W.), wahai Rasulullah (S.A.W.), saya hendak memulakan musafir, jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi S.A.W. bersabda :
"Hendaklah engkau bertaqwa kepada ALLAH dan bertakbir setiap kali melalui tempat yang tinggi."
Selepas lelaki itu pergi, Nabi S.A.W. berdo'a :
"Yaa ALLAH, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya."
(Hadith Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Tempat Yang Tinggi... Musafir...
"Jalan ke Syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)