"Jika kamu bertawakal kepada ALLAH dengan sebenar-benar tawakal, maka ALLAH akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana ALLAH memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyangan."
(Hadith Riwayat Al-Tarmizi)
Apabila terbang sang burung, ia umpama manusia yang merantau.. bermusafir...
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah S.A.W.), wahai Rasulullah (S.A.W.), saya hendak memulakan musafir, jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi S.A.W. bersabda :
"Hendaklah engkau bertaqwa kepada ALLAH dan bertakbir setiap kali melalui tempat yang tinggi."
Selepas lelaki itu pergi, Nabi S.A.W. berdo'a :
"Yaa ALLAH, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya."
(Hadith Riwayat Imam Al-Tarmizi)
Tempat Yang Tinggi... Musafir...
"Jalan ke Syurga dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
8 comments:
Assalamualaikum wrt wbt buat penulis,
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman menarik seperti ini yang mungkin tidak semua orang miliki. Selain dari kata-kata yang menusuk kalbu, ia memberi seribu satu makna buat pembaca. Saya yakin, selain saya pembaca yang lain juga turun 'menghayati' dan terima 'mesej' yang ingin disampaikan oleh penulis melalui penulisan ini.
Apa yang membuatkan saya tertarik, kisah mengenai seekor burung (gambar seekor burung yang bersendirian di pantai, MasyaAllah) selain 'cute' ia menunjukkan dalam hidup ini betapa perlunya kita mengharap sepenuhnya kepada Allah dan tidaklah terlalu berharap pada manusia semata, kerna manusia itu terkadang bisa melukakan kita, bisa menyakiti malah bisa meninggalkan kita. Jika kita meletakkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah, nescaya Allah tidak akan pernah menghampakan kita bahkan senantiasa ada untuk kita. Cuma kita saja yang selalu lupa kepadaNya kerana kelalaian, kealpaan, kelekaan dengan kemewahan duniawi.
Pantai juga merupakan tempat yang aman, nyaman yang bila kita duduk bersendirian sambil menikmati pemandangan indah, terkadang boleh membuatkan kita lebih menghargai erti sebuah kehidupan. Selain mmenjadikan diri kita seorang hamba yang sentiasa bersyukur dan tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan dunia yang fana.
Seperti penulis, saya juga 'pencinta pantai'.
Pantai,
Rinduku berlabuh di pantai ini.
Melihat gagahnya sang ombak menghempas pantai, aku masih mampu tersenyum.
Melihat tetapnya pantai di sini, aku tersenyum lagi.
Pantai dan aku, satu. Kerana dia mengajar aku menjadi penunggu yang setia.
Ombak dan aku, juga satu. Kerana dia mengajar aku menjadi tegar dengan ujian.
Dalam senyum, ada tangis kecil.
Biar Dia lihat, biar.
Sebelum saya mengundur diri, sejujurnya saya ternanti-nanti artikel seterusnya.
Perkongsian baru yang mungkin boleh dijadikan ilmu baru buat si pembaca yang mungkin tidak berkesempatan melalui pengalaman seperti penulis, lalu berdasarkan pengalaman-pengalaman orang lainlah yang diri ini 'kutip' untuk turut merasai dan menikmati 'pengalaman bermakna itu'.
Segala hal yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan mana yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
MasyaAllah, indah sekali penulisan ini.
Sya terjumpa link blog nie di fb, suka pula saya membacanya. Dengan muzik lagu kat belakang tue, mmg best la sya baca. Hehe..
Sya stuju dgn kata2 "Pendosa Tanpa Noktah".
Selain masjid, pntai juga mnjadi tmpat utk mencari ketenangandan kedamaian di hati.
Keep It Up! (^_^)
Insya Allah, post yang seterusnya adalah berkenaan pantai, senja, hujan... serta masjid, yang menjadi keutamaan.
Alhadmulillah,
saya sudah pun membaca baca post terbaru penulis berkenaan pantai, senja, hujan serta masjid.
Di bawah tajuk "Sunset... Coast Meet Mosque..."
Menarik...!
Alhamdulillah..
Jazaakallah...
Terima kasih sebab sudi membaca...
Semoga ada manfaatnya..
dan saya akan mula menjawab komen yang diberikan dalam
"Sunset... Coast Meet Mosque" pada malam ini, atau
sebelum Subuh nanti.... bagi semua persoalan kehidupan
yang dikemukakan, Insya Allah... sebelum saya lanjutkan
dengan post terbaru...
Semoga kita semua senantiasa di bawah kasih sayang ALLAH S.W.T
hendaknya... aamiin...
Assalamualaikum wrt wbt...
Alhamdulillah terima kasih di atas perkongsian. Hidup penuh dugaan - hampiri kebaikan nescaya kebaikan akan melindungimu.
Ya Allah - dgn izinMu rahmatilah dirinya agar ia dpt terus menyumbang dlm karya2 nya. Aamin..
Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wabarokaatuh..
Syukran Jaziilan....
aamiin... aamiin....
serta... begitu jugalah semua saudara sekalian (pembaca) yer..... aamiin.....
Syukran Jaziilan...
Post a Comment