"Jika hamba-Ku merancang melakukan satu kebaikan, maka Aku akan rekodkan untuknya satu pahala walaupun dia belum melakukannya. Jika dia telah melakukannya, maka Aku akan rekodkan sepuluh kali ganda (pahala amalan tersebut)."
"Sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan, maka Aku tetap memaafkannya selagi dia belum melakukan kejahatan tersebut. Jika dia telah melakukannya, maka Aku rekodkan sebagaimana perbuatan yang dilakukannya."
Para malaikat berkata : "Wahai Tuhan, itu seorang hamba-Mu yang hendak melakukan keburukan."
ALLAH berfirman (sedangkan ALLAH lebih mengetahui) :
"Lihatlah dia. Jika dia melakukannya, maka catatkan kejahatan itu untuknya. Jika dia meninggalkannya, maka rekodlah untuknya satu pahala. Sesungguhnya dia meninggalkan kejahatan itu kerana takut kepada-Ku."
(Hadith Riwayat Muslim)
2 comments:
SubhanAllah,
Indah sungguh ciptaanMu,
Ya Rabb
Bismillahirrahmaanirrahiim....
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Ali 'Imran, ayat ke-191, yang bermafhum :
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
"ALLAH jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi;
Sesungguhnya ALLAH, Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."
(Surah Luqman, ayat ke-26)
Post a Comment