Catatan Pemikiran Musafir....

Pantai Nan Mendamaikan.... Sambil Melihat Kebesaran-Nya.. Sebuah Pantai Di Sarawak

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Salawat dan Salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. serta keluarga dan sahabat baginda....

Perjalanan selangkah demi selangkah... melihat pemandangan nan indah membuatkan detik hati ini berfikir...
 
Membawa diri ini kepada sabda baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Daripada Ibn Umar, beliau berkata :
"Rasulullah (S.A.W.) memegang bahuku lalu bersabda : "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan."
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
 
"Sesungguhnya dunia itu manis dan indah. ALLAH telah menjadikan kamu khalifah di dunia, lalu ALLAH melihat bagaimana kamu beramal."
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Dalam Surah Al-Qasas, ayat ke-77, ALLAH S.W.T. berfirman yang bermafhum :
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia."
 
Merujuk kepada pantai nan indah di atas, ketika berada di Sarawak, sambil duduk di tepi pantai... saya berfikir.... Apakah diriku di sini , duduk sekadar menghiburkan hati seorang diri atau melihat sesuatu menuju ibadah...
 
Mengingatkan diriku kepada hadith...
Daripada Aisyah (r.a.) bahawa Rasulullah (S.A.W.) bersabda (yang bermaksud) :
"Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, Al-Quran, dan kepada laut."
(Hadith Riwayat Abu Nuaim)
dan ditambah dengan lafaz
"Melihat kepada Kaabah adalah ibadah."
(Hadith Riwayat Abu Daud)
 
Ketika Duduk Seorang Diri Di Tepian Pantai... Di Maldives.. Indahnya Ciptaan-Mu

 
Kita seringkali memandang ke langit... melihat burung... melihat pesawat terbang menyusuri udara... tapi tahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W. adalah orang yang pertama terbang, dengan kenderaan yang disebut buraq, sepertimana yang terdapat dalam Surah Al-Isra', ayat pertama :
"Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
 
Kemudian ALLAH mengilhamkan kepada manusia keupayaan terbang melalui burung. Jika tidak kerana sayap burung, manusia tidak berfikir untuk terbang.
 
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-A'la, ayat 1-3, yang bermafhum :
"Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan); Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya dnegan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhluk-Nya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);"
 
Maka dengan itulah.... dapatlah kita melihat seperti keindahan di bawah ini ...
 
Ketika Berada Pada Pandangan Burung, Berhampiran Gunung Fujiyama, Jepun... Subhanallah...
 
Dengan ilham yang diberikan ALLAH S.W.T. melalui burung dan dengan itu, kita dapat melihat kebesaran-Nya... Selaras dengan firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Mulk, ayat ke-19, yang bermafhum :
"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan ALLAH pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) ALLAH yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap=tiap sesuatu."

 
Ingin memahami maksud firman ALLAH S.W.T. di atas...?
saya sempat meneliti sahabat alam saya mengepakkan sayap mereka...
lalu saya kaitkan dengan firman ALLAH S.W.T. di atas....
dan dari situlah kita berfikir....
gambar mereka ini, saya ambil.. semasa duduk seorang diri di Adelaide, Australia...
 
Perhatikan burung ini, dan kaitkanlah dengan Surah Al-Mulk, ayat ke-19...
Ketika itu, saya berada di Adelaide, Australia.
Perhatikan formasi aksi gerak permulaan penerbangan burung-burung tersebut..

 
 Apabila kita melangkah ke seluruh rantau dunia...
janganlah kita sibuk shopping sahaja...
lihatlah alam ciptaan-Nya yang perlu kita kaitkan dengan kebesaran-Nya...
apabila kita telah mati, rugilah ketika kita hidup apabila tidak memikirkan ini...
 
Ziarahilah ke seluruh dunia...
Berfikirlah....
 
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan ALLAH; dan (ingatlah), kepada ALLAH jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya)."
(Firman ALLAH S.W.T., Surah Al-Mulk, ayat ke-15)
 
 
Semasa Dalam Penerbangan Di Sarawak... Perhatikan Gabungan Bilah Kipas
Berlatarbelakangkan Awan Nan Mengasyikkan
 
Sama ada penerbangan di awan atau pelayaran di lautan, peta 360 darjah dijadikan panduan. Siapakah gerangan yang mereka cipta system 360 darjah ini?
 
Rupa-rupanya penciptanya adalah seorang Muslim. Al-Biruni yang mencipta alat berbentuk bulatan, di atasnya dibuat empat suku bahagian. Setiap sukuan pula dibahagikan kepada 90 bahagian. Lalu kesemuanya menjadikan 360 darjah.
 
Lagi....?
Kira-kira, siapa pula pencipta model glob dengan lukisan peta diatasnya?
Rupa-rupanya glob dihasilkan oleh sebilangan besar ulama yang ditugaskan oleh Khalifah Al-Ma'mun yang memerintah sekitar tahun 813 hingga 833 Masihi.
 
Tidak berhenti di situ, Muhammad bin Muhammad Al-Idrisi membuat penambahbaikan dengan menghasilkan peta dunia yang mengandungi 70 buah peta rantau sekitar tahun 1154 Masihi.
 
 
Awan.... Subhanallah..... Dan Sayap....
 
Alhamdulillah...
Berpeluang menikmati keindahan awan dan bintang dengan lebih mesra. Tidak jemu melihat awan yang senantiasa berubah bentuk dan kedudukan.
 
Pernah bertemu awan yang membentuk kalimah "ALLAH"... Subhanallah....
 
Baru perasan bahawa tidak semua tempat dilitupi awan. Jika sedang melalui daratan, kelihatannya awan yang meliputi sekalian kawasan. Jika di bawah ialah lautan, awan kurang pula di persekitarannya.
 
Subhanallah....
Benar ALLAH tidak menciptakan sesuatu secara suka-suka. Setiap sesuatu pasti ada fungsinya.... Lihatlah gambar di atas yang saya ambil tersebut dan mari kita sama-sama berfikir... berdasarkan firman ALLAH S.W.T.  yang bermafhum :
"Dan ALLAH jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan, kemudian Kami halakan awan itu ke negeri yang mati (yang kering kontang); lalu Kami hidupkan bumi sesudah matinya dengan (hujan dari awan) itu. Sedemikian itu pula kebangkitan manusia (hidup semula sesudah mati)."
(Surah Faatir, ayat ke-9)
 
Kenapa ALLAH S.W.T. menciptakan bumi sebagaimana bumi yang ada sekarang?
Bagaimana jika bumi itu kecil atau besar sedikit berbanding yang sedia ada?
Mengapa pula bumi mesti berputar?
 
Rupa-rupanya...
Jika bumi lebih kecil daripada saiznya sekarang, tarikan gravity akan menjadi lemah dan kesannya, tidak semua tempat akan mengalami penyejatan air. Jika begitu, bumi akan menjadi planet yang gersang.
 
Jika lebih besar pula... bagaimana yer..?
Jika lebih besar... gravity akan menjadi lebih kuat. Kesannya manusia akan sukar untuk bergerak kerana berat badan akan bertambah.
 
Andai bumi berputar lambat sedikit pun, siang akan bertambah. Seterusnya udara akan menjadi lebih panas.
 
Mari kita bawa hati kita kepada firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Ali Imran, ayat ke-191, yang bermafhum :
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) :
"Wahai Tuhan kami!  Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
 
 
video
 
 
Keindahan ciptaan ALLAH S.W.T....
ketika duduk di tepian laut...
sambil memerhati matahari terbenam di Darwin, Australia....... Subhanallah.....
 
Kenapa pula sesetengah tempat ada empat musim?
 
Rupa-rupanya fenomena ini ada kaitan dengan reality bahawa bumi diciptakan ALLAH S.W.T. dengan kecondongan 23.5 darjah.
 
Seterusnya ini menjadikan sesetengah kawasan di bumi sesuai untuk dijadikan tempat tinggal serta pertanian dan juga pembangunan.... Subhanallah.....
 
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Luqman, ayat ke-11, yang bermafhum :
"Ini (semuanya adalah) ciptaan ALLAH, maka cubalah kamu tunjukkan kepada-Ku apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripada-Nya (yang kamu sembah itu)?  (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata."
 
Ke mana-mana sahaja destinasi kita....
Masjid mesti diziarahi...
Janganlah shopping mall sahaja yang menjadi keutamaan....
 
Pengalaman menziarahi masjid, mengingatkan diri betapa saudara seagama berada di mana-mana jua...
Setiap masjid yang dikunjungi pasti memiliki keunikan yang tersendiri.. dengan kecantikannya yang berbeza antara satu sama lain....
 
Singgahlah masjid... pasti hatimu tenang.... :)
 
 
Masjid di Sharjah, UAE... Sewaktu Menziarahi Dan Melihat Keindahannya
 
Masjid Raja Fisabilillah, Cyberjaya.... ziarahilah....
 
Masjid Raja Fisabilillah, Cyberjaya.... indahnya....



Pernah singgah di sebuah masjid di Perth, Australia... untuk menunaikan solat fardhu Jumaat di sana...
Ketika itu, di luar masjid, kelihatan beberapa orang tempatan sibuk mengedar risalah kempen menyelamatkan Palestin....
 
Masjid Perth sangat ringkas... semuanya putih... ada blok bangunan untuk muslimah.. dan ruang solat utama untuk muslimin. Tempat wuduk yang di ruang belakang...
Berehat di situ, mendamaikan hatiku.....
 
Semasa di Auburn, Sydney, Australia... ketika diriku berjalan seorang diri... mencari masjid...
 
Selaras dengan sabda Rasulullah S.A.W....
 
Imam Muslim meriwayatkan :
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) : 
“Bahagian negeri yang paling ALLAH cintai adalah masjid-masjidnya, dan bahagian negeri yang paling ALLAH benci adalah pasar-pasarnya.”
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Imam Muslim juga meriwayatkan :
Dari Utsman bin Affan r.a., beliau berkata;
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
“Barangsiapa yang membangun masjid ikhlas karena ALLAH maka ALLAH akan membangunkan baginya yang serupa dengannya di syurga.”
(Hadith Riwayat Muslim)
 

Masjid di Auburn, Sydney, Australia....
Ketika itu, ia adalah waktu Marghrib...
 
Masjid di Auburn, Sydney, di atas... kebanyakan jemaahnya adalah orang Turki. Jadi, mazhabnya sedikit lain... Namun, banyak kedai makanan halal di sana...

Setiap masjid di seluruh dunia memiliki keunikan yang tersendiri yang menjadikan kita berfikir....

Penceritaan berkenaan masjid di Darwin, saya akan ceritakan dalam siri lain...
Insya Allah....

Perkara yang diperhatikan, masjid-masjid di Australia sangat tersusun...
Ini kerana masyarakat Muslim di sana amat sopan serta berdisiplin...

Sepanjang bulan Ramadhan, sempat bertarawikh di beberapa buah masjid berlainan negara. Salah satunya di Dubai, UAE. Kebetulan pula ketika itu musim panas dan suhunya sekitar 40 darjah Celsius. Jadi, boleh tahan juga berpeluh badan semasa berjalan kaki ke sana... walaupun hanya sekitar 10 minit perjalanan dari hotel tempat saya menginap...

Ada beberapa buah masjid yang disinggahi di sana...
ini adalah antara gambar yang dikongsikan berkenaan masjid di Dubai UAE...
yang sempat saya rakam...


Masjid Di Dubai, UAE

 
Masjid Di Sharjah, UAE.... indahnya...

Inilah Tempat Meletak Al-Quran Dalam Masjid Di Sharjah, UAE..
Karpet Masjid Ini Adalah Antara Karpet Masjid
Paling Tebal Pernah Saya Duduk...
Jadi, Ketika Sujud, Rasa Tak Nak Bangun Dibuatnya...
 
Berpeluang berpuasa Ramadhan di Kowloon, Hong Kong...
Sempat berbuka puasa di Masjid Kowloon..
Juadah berbuka disediakan, mengingatkan suasana masjid di Malaysia.
Bezanya, solat sunat witir di situ dilakukan sebanyak tiga rakaat sekaligus dengan satu salam....

Indahnya bagi sesiapa yang bermusafir, kerana  dibenarkan qasar dan jamak....
Itulah rukhaah yang ALLAH S.W.T. anugerahkan...
Jamak taqdim atau jamak ta'hir...

Jangan risau ketika mengembara seorang diri....
pasti ada makanan buat kita....  atau bantuan buat kita....
yakinlah... dan jangan ragu-ragu...

Dalam Surah Al-Anfal, ayat ke 49, firman ALLAH S.W.T. yang bermafhum :
"Dan sesiapa yang bertawakal kepada ALLAH, maka sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."

Setiap kali hendak mengembara, diri ini pasti diingatkan :
"Ambillah kesempatan untuk berfikir berkenaan ciptaan ALLAH. Kaji hikmah di sebalik setiap kejadian yang belum terungkai ."

Mengingatkan diri ini kepada sabda Rasulullah S.A.W....
"Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan. "
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Akhir kalam buat kali ini....
marilah kita sama-sama berfikir... mencambahkan minda melalui hadith yang menyusul...

Rasulullah S.A.W.  bersabda, yang bermaksud :
"Do'a seorang muslim buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu, mustajab. Di kepalanya pula ada malaikat yang bertugas. Setiap kali dia mendo'akan saudaranya, malaikat itu pun berdo'a : "Semoga ALLAH kabulkan. Dan untukmu begitu juga."
(Hadith Riwayat Muslim)


Lonely Cat...With Me....

Semoga ada manfaatnya.. Insya Allah.....
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...







 


10 comments:

Mat Romeo said...

Saya pernah tengok gambar hujan diambil dari udara. Nampak satu bulatan dari atas, hujan lebat keluar dari awan turun ke bulatan kawasan tersebut sahaja. Kawasan di sekelilingnya tak ada. Subhanallah. Cantik sangat-sangat. Tengok gambar pun dah rasa teruja sangat-sangat. Tak tau la kalau dapat tengok live. Tuan mesti pernah banyak kali tengok live kan? Sudi ke Tuan cerita pada kami jika berkesempatan?

Anonymous said...

Menarik tu kalau tuan cerita dapat kongsi bersama. Teruja ni saya kalau baca postnya

sheikh-sss said...

Insya Allah, nanti saya ceritakan yer...
Buat masa ini, saya hendak semua pembaca
yang budiman membaca apa yang dihidangkan
dan akan disajikan dengan permintaan saudara
yang budiman itu yer...
Syukran Jaziilan...

Mat Romeo said...

Allah sahaja yang tahu betapa saya sangat-sangat menghargainya. Mudah mudahan satu hari Allah pertemukan kita. Asbab ukhuwah di alam maya, Walaupun dalam keadaan tidak pernah mengenali, pasti akan ada satu rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata yang Allah akan campakkan ke dalam hati kita. Walaupun tanpa sebarang senyuman dan kata-kata..walaupun hanya sempat sesaat bertentang mata..Innsya Allah..

Mudah-mudahan rahmat, keampunan dan keredhaan Allah sentiasa bersama Tuan walau di mana sahaja Tuan berada..amiin.

Mudah-mudahan Allah memasukkan kita semua ke dalam golongan orang-orang yang ikhlas, yang sentiasa berniat mengharap keredhaan-Nya dalam segala perkara yang kita lakukan..amiin.

Anonymous said...

Harap tuan rileks je la ye bila kami demand mcm2. Anggap je kami ni mcm anak2 tuan yg seronok sgt bapak dia balik umah sbb dah lama bapak dia bermusafir, tu mintak bapak dia cerita mcm2. Kami ni xcited lebih bila dpt baca pengalaman yg lain dr biasa. Tu yg terus teringat mcm2 perkara menarik yg berkaitan. Sy pun teringat gambar gunung berapi yg dah tak aktif di madinah diambil dr atas. Mesti tuan pernah tengok. Apapun, apa yg dihidang n disaji di sini itulah yg kami baca dan ambil manfaat..insyaAllah

sheikh-sss said...

Saya tersenyum membaca misalan yang diumpamakan tersebut... Terima kasih :)

Namun sememangnya saya akan menceritakan hal hujan dalam post yang seterusnya, Insya Allah.

Saya memang pernah beberapa kali terbang berhampiran gunung berapi yang tidak aktif mahupun sedikit berasap, yang tidak menjejaskan aspek keselamatan... Namun, pandangan spectacular nya amat indah... Subhanallah.. apabila dilihatkan ada tasik hijau di atas puncak gunung tersebut... iaitu tinggalan bekas gunung berapi tersebut... Cuma saya tidaklah berkesempatan mengambil gambar yang berkenaan..
Namun, ia suatu pemandangan yang menyebabkan kita berfikir... tasik di atas puncak gunung.. dan berwarna hijau terang.

Dalam post yang berikutnya... saya akan menceritakan berkenaan hujan yang akan menyebabkan kita berfikir kekuasaan ALLAH S.W.T. dan mungkin akan menyebabkan kita berfikir banyak kali ketika hujan turun..

Nantikanlah... Insya Allah yer..

Terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Menariknya gambar2 di atas. Saya pernah tengok gambar Kaabah pada waktu malam diambil dari kokpit. Subhanallah..indah sangat2. Orang kata, kerja mcm tuan boleh selalu ke sana buat umrah free..seronoknya. Kalau tuan ke sana, saya harap sangat2 tuan sudi doakan supaya Allah permudahkan saya dan keluarga sampai ke sana tahun 2016 nanti. :-)

Thanks in advance.

sheikh-sss said...

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...
maaf lambat memberi maklumbalas...

Insya Allah, saya do'akan semoga saudara serta yang lainnya dipermudahkan segala urusan untuk menunaikan umrah serta haji pada 2016 ini... aamiin..... :)

My pleasure..

norishemerald said...

Nak nangis pun ada baca pengalaman ni...hati rs teruja alangkah bagusnya klu peluang itu milikku. Subhanallah indahnya ciptaanMu. Terima kasih sharing keindahan alam di blog ini.

Sy suka ketenangan di dalam masjid..terasa seperti berada di dalamnya wlupun hakikatnya ada pemerhatian dr kepingan gambar dlm coretan seseorang.

Ttba nak buat permintaan dgn tn penulis - ceritakn perihal kucing di masjid..

Assalamualaikum wrt wbt

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.
Alhamdulillah...

Silalah rujuk laman Facebook melalui link yang dinyatakan dalam blog berkenaan meow. Sebagai tambahan, kisah meow yang menarik, Insya Allah, akan saya ceritakan melalui makalah (post) yang akan datang yer...

Terima kasih.