Comment.... Inflight Pray and Halal Aspects


Bismillahirrahmaanirrahiim... :)
Allahumma Solli 'Alaa Saiyidina Muhammad...
Salam Maulidurrasul buat saudaraku sekalian...

Dikala tepat 15 hari diriku menghilang, kerana bermusafir dan walaupun sudah kembali ke tempatnya, kekangan kesibukan tidak mengizinkan diriku untuk membuka blog, hinggalah ke hari yang ke-15 ini.

Namun telatah serta komen kalian yang budiman, membuatkanku terhibur dan tersenyum... Alhamdulillah... :)

Diriku tahu... ramai yang monitor...
cuma kesibukanku yang teramat sangat dengan musafir dan urusan di sana sini, sedikit membataskan…

Ketika diriku bermusafir… lebih fokus dengan memikirkan alam dan membaca….  

Sekalipun 15 hari tidak berkesempatan, namun diriku mengumpul segala gambar dan video yang akan dipaparkan kemudian, dengan perspektif yang diolah khas... yang akan dipaparkan dalam post yang mendatang, Insya Allah... :)

Prinsipku mudah... selagi tidak dapat memberikan yang terbaik, diriku akan diam...

Namun, sisipan harian, Insya Allah, bolehlah dirujuk melalui facebook "Islamic Traveller" yang diuruskan oleh pihak admin yang amat berdedikasi dengan input musafir (jadual) serta ingatan yang Insya Allah, mengembalikan kita ke langkah yang menguntum senyuman…

Hari ini pun, diriku ke masjid dan tertidur di sana sebelum Asar…

Seronok mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa Inggeris…

Tidak dapat dielakkan apabila kucing jalanan akan ikut ke mana jua diriku pergi….

Hingga ada yang tidak beri peluang untuk ku berjalan… kerana hendak letakkan kepala di atas kaki ku untuk dijadikan bantal baring nya….

Ini bukanlah post yang dirancang…

Namun lebih kepada post untuk menjawab komen atau persoalan yang diberikan…

Yang memerlukan belasan mukasurat untuk menjawabnya….
dan sekitar tujuh jam untuk memikirkan jawapannya...

Dalam ruangan komen, akan dijawab perkara-perkara yang 'tak terfokus' pada blog... namun, sebagai menghargai, akan ku jawab yer... 

semoga ini akan menghiburkan semua saudara yang budiman dan yang memberi komen iaitu beberapa 'Anonymous', Fakhrul Radhi, serta Pemburu Jannah... :)

Baiklah...

ku mulakan dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"ALLAH menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun perkara itu kecil ataupun sedikit."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi, kita mulakan dengan menjawab persoalan meow & kitten...
mama meow tersebut dan anak-anaknya dalam keadaan yang baik..
cuma ada dua ekor yang berkemungkinan sudah dijagai orang.


Inilah mama meow tersebut... :)
 

Ingin ku kongsikan perkara unik yang berlaku padaku beberapa hari lepas...
pada suatu pagi...

Perkongsian ini diasaskan kepada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Penunjuk jalan kepada kebaikan adalah seperti orang yang mengamalkan kebaikan itu."

Dan…

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Tidaklah seorang hamba bangun pada waktu pagi kecuali terdapat dua orang malaikat yang turun dan berkata : "Yaa ALLAH, berikanlah kelebihan harta untuk orang yang mengeluarkan infak (menafkahkan hartanya)."

Malaikat yang satu lagi mengatakan : "Yaa ALLAH, berikanlah kepada orang yang kedekut kerosakan hartanya."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Pada pagi waktu Dhuha itu...
Ketika berjalan kaki...

maka lalu lah di depan sebuah pasaraya...

Sekalipun ada ramai orang keluar masuk pasaraya tersebut, ada seekor kucing yang menunggu di bahagian luar kedai...

Lalu ia menyapaku... dengan ucapan "meow"...

Maka diriku pun mengucapkan "meow" juga padanya...

Anehnya... ia mengiringiku ke dalam kedai...
Belum pernah lagi kucing pergi shopping...
ini kali pertama ku alami...

Ia mengiringiku hingga ke rak "Whiskas"...
dan seperti menunjukkan makanan kucing tersebut....

Lalu ku ambil beberapa bungkus Whiskas, dan pergi ke kaunter pembayaran...
di situ, ia menggesel kaki ku sambil memandangku...
dan terus menunggu di luar...
seolah-olah ia tahu "kena bayar dulu, baru boleh makan Whiskas"...

Selesai membayar.... ia terus mengikutku dan ku usap kepala nya...
"Lapar yer.... kasihan dia..." ujar ku padanya di dalam hatiku...

Marilah kita sama-sama memberi makan meow sekalipun jika kucing itu hanya tinggal satu gigi atau telinga terkoyak yer...

Kita menziarahi kucing (mahupun manusia) itu bagi mendapatkan keredhaan ALLAH S.W.T... Insya Allah yer..

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Ada seorang lelaki yang sedang mengunjungi saudaranya di sebuah kampung yang lain. Kemudian ALLAH menurunkan malaikat untuk menghalangnya di tengah jalan. Ketika orang itu sampai di hadapan malaikat itu, malaikat itu pun bertanya kepadanya :
"Ke manakah kamu akan pergi?"
Orang itu menjawab :
"Saya ingin mengunjungi saudaraku yang tinggal di kampung ini."
Malaikat itu bertanya lagi :
"Apakah terdapat suatu kenikmatan dari saudaramu yang telah dia berikan kepadamu?"
Orang itu menjawab :
"Tidak, hanya kerana aku mencintainya kerana ALLAH."

Malaikat itu lalu berkata :
"Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH untuk menemuimu, dalam usaha menyampaikan pesan bahawa ALLAH sesungguhnya mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu."

(Hadith Riwayat Muslim, dari Abu Hurairah r.a.)

 

Bagi isu yang dikemukakan "Pemburu Jannah" berkenaan solat di dalam penerbangan dan makanan halal di luar negara...

Sebenarnya, saya mungkin memerlukan dalam puluhan muka surat untuk menghuraikan, sebab saya menggunakan pelbagai kiraan dan koordinat...

namun untuk mempermudahkan kefahaman pembaca, saya ringkaskan sahaja dengan bahasa mudah yer... Insya Allah... :)

Mari kita lihat beberapa aspek sebelum kita fikir berkenaan solat dalam pesawat...

Ia bermula dengan pembelian tiket...
iaitu kita perlu memikirkan waktu berlepas pesawat (Estimate Time Departure - ETD) dan waktu pendaratan pesawat (Estimate Time Arrival - ETA) dan ke arah mana hala tuju penerbangan tersebut.

Contoh mudah, saya pernah ke Frankfurt, Germany, dalam bulan puasa. Disebabkan penerbangan ke barat,saya mengejar matahari.. Jadi antara Zuhur ke Asar, amat panjang... manakala antara Asar dengan Marghrib, juga amat panjang...

Natijahnya, saya berpuasa selama hamper 20 jam pada hari tersebut.

Walaupun dibenarkan berbuka sebab bermusafir, namun saya tidak mahu kehilangan Ramadhan saya kecuali jika benar-benar tidak tahan.

Perlu diingatkan yer...
Jika buka puasa, tetap perlu diganti pada hari lain yer, dalam tahun hijrah yang sama...

Sebaliknya...
Jika terbang ke timur, antara Marghrib dan Isyak, hanya akan mengambil masa 30 minit sahaja... manakala antara Isyak dan Subuh, mungkin hanya 3 jam sahaja...

Hasilnya... kita perlu memikirkan ETD dan ETA kita sebelum membeli tiket... Itu yang pertamanya...

Keduanya, adakah dalam bulan puasa atau bukan bulan puasa....
Jika Marghrib di KLIA adalah 7pm dan kita berlepas pada jam 6:45pm, maka waktu Marghrib (waktu berbuka puasa) akan dikira mengikut ketinggian pesawat, arah dituju (timur atau barat) dan kelajuan pesawat... Jadi, tiadalah istilah kita berbuka puasa mengikut waktu di KLIA tersebut yer... kerana waktu Marghrib dikira mengikut garis waktu tenggelamnya matahari di ufuk berdasarkan kedudukan kita tersebut pada waktu itu secara tepat.

Secara mudahnya, waktu Marghrib di puncak Gunung Jerai, lebih lewat berbanding di Alor Setar. Di puncak Gunung Kinabalu, lebih lewat Marghrib nya berbanding di Kundasang.

Jadi, waktu Marghrib di Pekan, Pahang.. pada petang ini adalah pada jam 7:08 malam…
Namun, pada ketinggian sekitar 33000 kaki dari aras laut…
Kita berkemungkinan hanya akan berada pada kedudukan masuknya waktu solat fardhu Marghrib di atas Pekan, Pahang… pada jam 7:38 malam… sebagai contoh.

Seterusnya, jika berlepas sebelum Marghrib dan sampai selepas Isyak, sebagai contoh... maka kita boleh berniat Jamak Ta'hir, ketika dalam waktu Marghrib, untuk mengerjakan solat Isyak di destinasi secara Jamak Ta'hir.

Rujukan berkenaan bagaimana hendak mengerjakan solat jamak serta qasar, tanyalah pada ustaz mahupun ustazah.. atau rujuklah pada buku-buku panduan solat yang banyak di pasaran yer…

Ditegaskan, jangan lupa berniat Jamak Ta'hir pada waktu yang pertama iaitu pada waktu Marghrib atau Zuhur..

Jadi, tidak perlulah kita solat dalam pesawat, agar lebih sempurna solat kita yer... untuk kes di atas..

Ada pesawat yang ada ruang solat seperti Airbus A330 di pintu kedua sebelah kiri pesawat... Namun untuk pesawat kecil seperti ATR72, Airbus A320, Boeing B737, tiada ruang solat dan perlu solat secara duduk di atas kerusi..

Disarankan mengambil wuduk sebelum masuk pesawat seperti kebiasaan yang saya lakukan...

Kenapa yer....?
Di bilik air dalam pesawat, air adalah terhad. Keduanya, jika penerbangan ke Jeddah untuk umrah mahupun haji, jika semua hendak berwuduk, kita akan menyebabkan pesawat kekurangan air dalam tempoh yang segera.

Di bawah bilik air pesawat, adalah terdapat "E&E Bay" atau Electronic & Equipment Bay, iaitu ruang nadi pesawat...

Jika bilik air basah hingga air melimpah dan hingga masuk E&E Bay ini... maka kita membahayakan nyawa semua orang... dek hendak mengambil wuduk...

Saya beri dua pilihan mudah...
Ambil wuduk awal ketika di rumah atau di lapangan terbang..
atau...
dapatkan bekas kosong kecil yang muncungnya ala spray minyak wangi; masukkan air ketika dalam pesawat... dan berwuduklah dengan konsep semburan dan sapuan.. Bukan membanjirkan E&E Bay... :)

Baiklah...
Solat dalam pesawat....

Marilah kita sama-sama memerhatikan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Sesungguhnya ALLAH suka rukhsah (keringanan) yang diberikan oleh-Nya dilaksanakan seperti ALLAH membenci maksiat dilakukan kepada-Nya."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Rukhsah solat adalah dengan tujuan supaya umat Islam dapat mengerjakan solat dalam semua keadaan; dan ini menunjukkan Islam mengambil berat kebajikan umat serta agama yang mudah disempurnakan. Bagi yang bermusafir atau dalam situasi tertentu, disyariatkan solat qasar (dipendekkan) mahupun jamak (dihimpunkan).

Ibn Umar pernah menyatakan :
"Saya pernah menemani Rasulullah (S.A.W.), dan baginda tidak pernah solat lebih daripada dua rakaat ketika bermusafir. Abu Bakar, Umar, dan Uthman juga demikian."
(Muttafaq 'alaih)

Asas solat dalam pesawat sama dengan solat dalam mana-mana kenderaan lain yang bergerak... cuma pesawat, kita sebagai penumpang, ikut sahaja mana arah pesawat itu menghala... "seat back, relax, enjoy the flight"...

Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
Ibnu Umar berkata : "Rasulullah (S.A.W.) solat di atas kenderaan  beliau menghadap ke mana sahaja arah kenderaannya bergerak."
(Hadith Riwayat Muslim)

Seperti yang dinyatakan tadi...
Dalam Airbus A330, di pintu sebelah kiri yang kedua, ada ruang solat, manakala dalam ATR72 seperti Firefly mahupun MasWings, serta Airbus A320 (Air Asia) dan Boeing B737 (Malaysia Airlines dan Malindo), tiada ruang solat disebabkan ruang yang terhad.

Oleh itu, kita solat duduk di atas kerusi.

Ini didasarkan kepada yang dinyatakan oleh Ibnu Umar iaitu :
"Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) berkenaan cara solat dalam perahu.
Nabi Muhammad (S.A.W.) menjawab :
"Solat di dalam perahu dalam keadaan berdiri kecuali sekiranya saudara takut tenggelam."
(Diriwayatkan oleh Daruqutni dan Al-Hakim)

Pesawat mungkin akan melalui ruang udara berawan yang menyebabkan pesawat bergegar atau ruang kawasan sempit. Jadi, situasi seperti hadith di atas.

Kita kembali kepada asas iaitu anjuran Islam yang memelihara keselamatan umatnya daripada kemudaratan.

Ke mana hendak di arahkan solat kita yer...?

Mari kita sama-sama rujuk Surah Al-Baqarah, ayat ke-149, yang bermafhum :
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), ALLAH tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."

Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Baitullah adalah kiblat untuk penduduk yang berada di sekitar Masjidil Haraam, dan Masjidil Haraam adalah kiblat untuk penduduk yang berada di sekitar Tanah Suci, manakala Tanah Suci adalah kiblat untuk penduduk bumi daripada umatku yang ada di sebelah timur dan di sebelah barat."
(Hadith Riwayat Baihaqi)

Kemudiannya...
Kita hendak solat fardhu atau solat sunat dalam pesawat tersebut..

Sekiranya solat fardhu, wajib menghadapkan diri ke arah kiblat sekiranya mampu pada permulaan solat iaitu ketika takbiratul ihram. Sekiranya selepas itu, pesawat berubah arah dan mampu menghadap kembali ke arah kiblat, maka ia perlu dilakukakan. Namun sekiranya ia rumit, maka memadai dengan ketika takbiratul ihram sahaja kita menghadap kiblat tersebut.

 Anas bin Malik ada menyatakan :
"Apabila Rasulullah (S.A.W.) bermusafir dan ingin menunaikan solat sunat di atas kenderaannya, baginda menghadap ke arah kiblat lalu bertakbir bagi solat, kemudian baginda solat mengikuti arah ke mana sahaja kenderaan itu menuju."
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Bagaimana hendak tahu arah kiblat dalam pesawat...?
Mintalah bantuan krew kabin untuk bertanya pada juruterbang arah kiblat ketika itu dan bilakah pesawat dijangka membelok sebelum kiblat berubah semula..

Koordinat Kaabah adalah :
N 21* 25' 21.05"
E 039* 49' 34.26"

Namun, seandainya kita solat sunat...
berdasarkan mazhab Shafie, dibenarkan solat sunat di atas kenderaan mahupun pesawat, dengan cara duduk dan tidak menghadap kiblat. Ini adalah suatu kemudahan agama serta dapat diamalkan tanpa kesukaran yer...

Hujah untuk perkara di atas adalah, didasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Salim bin Abdullah yang menjelaskan bahawa ayahanda nya berkata :

"Nabi solat sunat di atas kenderaan baginda dengan menghadap ke arah mana sahaja kenderaan itu menuju. Baginda juga mengerjakan solat witir dalam keadaan itu. Tetapi baginda tidak melakukannya dalam solat fardhu."
(Hadith Riwayat Muslim)

Adakah boleh solat dalam keadaan duduk ketika dalam pesawat, sekiranya tiada ruang solat, atau dalam situasi gegaran disebabkan cuaca...? Ya, boleh.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Solatlah berdiri, sekiranya saudara tidak mampu, hendaklah duduk, dan sekiranya saudara tidak mampu, hendaklah berbaring di sebelah tepi."
(Hadith Riwayat Bukhari)

 
 
Berkenaan makanan halal…
Saya tidak akan mulakan dengan makanan halal di luar negara…

Saya mulakan yang asas dahulu…

Pertama, simpan nombor ini dan laman web berikut :
03 – 8892 5000
www.halal.gov.my

Kerana saya lihat tersangat ramai orang Islam di Malaysia yang kempunan makan makanan dari luar negara, di restoran-restoran di Malaysia… sebagai contoh, sesetengah restoran yang menghidangkan makanan Jepun dan seumpamanya, tanpa bertanya kepada pihak cashier, adakah restoran tersebut memiliki sijil halal JAKIM atau tidak.

Jawapan standard yang akan diberikan adalah :

Pertama… “Kami sedang mendapatkan sijil halal Jakim.”
Padahal jawapan yang sama juga diberikan beberapa tahun sebelumnya.

Kedua… “Tukang masak kami orang Islam.”
Sedangkan saya bertanya… “Adakah restoran ini telah mendapat pensijilan Halal Jakim..?”
Bukannya ditanyai “Adakah tukang masak orang Islam..?”

Jika tiada sijil Halal Jakim, dan hanya ada tukang masak orang Islam, tidaklah berguna juga.

Kenalah rajin buka mulut dan tanya berkenaan sijil Halal Jakim di kaunter dan janganlah menggunakan alasan “ramai orang Islam makan di situ”.

 Jika tidak pasti, nombor telefon dan link laman sesawang, telah diberikan agar lebih jelas maklumat yang diberikan yer... 

Jadikanlah Standard Operating Procedure sebelum makan di suatu kedai mahupun restoran :

Pergi kaunter, minta sijil HALAL JAKIM.
Keduanya, chef orang Islam atau tidak.

Jika yang pertama tidak lepas, usahlah masuk restoran tersebut…
Tepuklah dada, tanyalah iman yer…

Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Maaidah, ayat ke-88, yang bermafhum :
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu, iaitu yang halal
lagi baik, dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.”

Jika restoran muslim yang biasa yang bukan jenis restoran rangkaian…
Tanyailah… “ayam ini didapati daripada mana…?”
“Ada pensijilan Jakim atau tidak di situ..?”

Saya akan tanya semua soalan berkaitan sebelum proceed makan di kedai tersebut…
Jadikanlah ini suatu kebiasaan…
Betulkan yang biasa… Biasakan yang betul.

Sedangkan makanan kucing yang saya belikan sekalipun, saya lebih senang belikan jenis ikan dan ada istilah “suci bersih” di situ…

Itu untuk kucing… apatah lagi untuk manusia yang beragama Islam yer…

Sebab…
“Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir r.a. :
“Saya mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :  
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhah, bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan ALLAH adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahawa dia adalah hati.”
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diulangi…
03 – 8892 5000 (HALAL JAKIM)
www.halal.gov.my

Please keep in your phone as a primary phone number…

Jadikanlah sifat masuk restoran dan terus bertanya pensijilan HALAL JAKIM sebagai perkara pertama dan bukannya melihat menu sebagai perkara pertama…

Sesiapa yang membaca ini… dinasihati rajin-rajinlah bertanya di kaunter yer…

HALAL JAKIM bukan setakat bermaksud halal… tetapi juga kebersihan secara total..

Sekarang….
Jika asas pencarian makanan HALAL di Malaysia sudah LULUS, barulah saya akan menceritakan kaedah mencari makanan halal di luar negara yang majoriti nya bukan orang Islam penduduk di tempat berkenaan yer…

Di luar negara, contohnya Jepun, Korea, Hong Kong… secara lebih khusus…

Mungkin akan mengalami sedikit masalah berbanding di Australia, Jerman, Lubnan, India, Sri Lanka…

Sebenarnya, saya sudah membuat kajian secara peribadi yang merangkumi puluhan mukasurat namun saya ringkaskan di sini yer…. :)

Jika kita ke Osaka, Jepun…
Di lapangan terbang Osaka, ada restoran makanan halal…

Di lapangan terbang Hong Kong, ada sebuah restoran yang “Popeye” yang halal…

Di SkyCity Marriot Hotel, Lapangan Terbang Hong Kong, ada menu halal yang diiktiraf..

Di Hong Kong Disneyland, ada dua restoran halal…

Di Seoul, ada tempat yang di situ semuanya halal…

 
Berhampiran lapangan terbang Narita, ada mall… tiada yang halal…
Bagaimana yer…?

Di mall berhampiran Osaka… tiada yang halal… bagaimana yer…?

Di Incheon, Korea Selatan… tiada yang halal.. bagaimana yer…?

Di Beijing… ada kedai halal… tetapi ada wine, beer… bagaimana yer…?

Baiklah… di negara Malaysia, kita guna sistem HALAL JAKIM dan usahlah dipermudahkan lagi sebab apa yang jelas adalah jelas…

Saya mula faham berkenaan restoran Jepun di Malaysia setelah apa saya alami di mall berhampiran Narita Airport…

Saya seorang yang very very very particular makanan halal… sebab kita perlu menghafal ilmu dan menghafaz ayat Al-Quran…

Jadi, kedai-kedai di Malaysia, memang saya akan periksa pensijilan halal nya hinggalah kebersihan dapurnya… kerana saya sendiri pun memasak… jadi, saya akan pastikan tahap kebersihan dapurnya sama dengan tahap kebersihan yang saya kehendaki…

Baiklah… di mall di Narita tersebut…
Memang tiada kedai yang halal secara istilah total…

Namun kita akan kurangkan tahap keraguan seminimum mungkin…

Sama kaedah dengan menjawab soalan dalam peperiksaan untuk soalan objektif…
ABCD…
Kita buang jawapan yang ternyata salah dan pilih yang paling tepat…

Jadi, atas konsep yang sama…
Saya berjalan seorang diri… seperti biasa…
dan… bagi menjadikannya lebih rumit..
tiada yang faham bahasa Inggeris ketika saya di situ…

Ada 2 cabaran…
Mencari kedai halal… dan masalah bahasa…

Jadi… saya dapatkan perkataan asas untuk saya hapuskan keraguan…
Iaitu “buuta”…
Itu adalah haiwan yang kita tidak makan… faham-faham sendirilah yer…

Jadi… di setiap kedai makan yang saya hendak sentuh pintu nya…
Saya akan periksa menu di luar kedai…

Ada “buuta” atau tidak…
Jika ada “buuta”, saya akan elakkan…

Jadi… jika mereka kata, tiada “buuta”, maka baru saya masuk…

Soalan kedua saya buat mereka…
Saya ulang untuk kali kedua…

Ada “buuta”…? Mereka jawab dengan yakin… tidak…

Ada “sake”… yang mana saya ulang sampai berkali-kali sebab saya hendak mereka faham..

Mereka kata, tiada…

“sake” dengan bunyi bacaan “sakey”… adalah arak jepun…

Lalu saya pesan “tempura” sebab ia adalah makanan yang tiada daging kecuali makanan laut…

Saya tanya…
Pakai minyak apa untuk masak…?

Maka jawapan mereka tidak ada yang meragukan….

Soalan seterusnya…
Dalam semua masakan ini…
Ada tidak dimasukkan “sake” di dalam…

Mereka jawab “tidak”…

Saya tanya sekali lagi…
“Betul tiada sake di dalam mana-mana bahan ini…?”

Mereka pun berbincang…
Akhirnya mereka datang bawa sejenis botol kicap..

Iaitu dalam sup yang akan dicampurkan dalam makanan tempura itu…

Mereka jawab…
Dalam kicap ini, ada “sake”…

Lalu saya ucapkan terima kasih.. Arigato Gozaimas… dan mereka tersenyum…

Makanya… saya makan kering sahaja “tempura” itu…

 
Jadi… kenapa ada sesetengah restoran Jepun di Malaysia tiada sijil Halal Jakim…?
Sebagai contoh sahaja….
Faham-faham sendirilah yer…

Terpulanglah pada kita nak makan makanan yang bagaimana untuk dijadikan darah daging kita yer..

Rujuklah kembali akan Surah Al-Maaidah, ayat ke-88 tadi yer…

Kembali kepada laman sesawang dan nombor hotline yang diberikan tadi yer…
Maklumat lanjut, tanyalah pihak HALAL JAKIM yer….
Mereka pasti membantu dengan maklumat lengkap…

Di Korea… ada tempat makanan halal yang hasil daripada orang Turki yang berniaga di sana…

Namun, di Incheon… agak sukar…. dan boleh dikatakan kesemua barangan yang dijual, ditulis dalam ejaan bahasa Korea…

Yang diketahui… hanya Anyong Haseyo… :)
Jadi, kita cari nasi sahaja atau beras… dan cari sayur kimchi…

Dalam kategori boleh makan…
Bagi mengalas perut…
Atau bekal dari Malaysia… makanan-makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan…
Ada periuk nasi super mini, bawa lah yer…

Perlu di INGAT kan…
Tidak semua tempat kita dengan sewenangnya boleh membawa makanan dari Malaysia yer…
Contohnya Australia….
Namun di Australia, kebanyakan (tak kesemua) Nando’s adalah HALAL dengan sijil nya.

Jadi, back to basic… pergi kaunter… tanya…

Kaedah yang sama seperti di Malaysia…

Di China…
Seperti di Shanghai dan Beijing…. sebagai contoh…

Restoran halal diusahakan kebanyakannya oleh orang Uyghur… muslim..
Namun… atas dasar mengikut budaya di tempat tersebut…

Restoran Halal akan menjual sekali arak dan kedai tersebut dikunjungi orang bukan Islam sebagai pengunjung yang teramai…
yang Halal nya adalah makanan… masakan… dan untuk orang Islam, pinggan mangkuk berlainan yang telah di steril kan….

Kambing… halal… tapi tetap perlu bertanya…
Ayam… kena tanya… sebab tak semua disembelih secara istilah halal….

Kaedahnya…
Lihat logo “Halal”…. Sama ada dalam tulisan rumi atau arab…
Kedua… tanya yang mana satu halal dan yang mana anda tidak pasti…

Jika ragu-ragu…
Beli sahaja mana yang dijamin halal…
Lalu dibungkus dan makan lah dalam bilik hotel…..

Saya tidak makan di KFC atau McDonald di luar negara, kecuali di Dubai….
Sebab ada daging dan ayam dalam periuk masakan yang sama…
Sekalipun ada fish fillet….

Di Sydney…
Ada hotel yang menyatakan… ada menu halal…
Jangan mudah terima yer…

Saya akan bertanya soalan asas…
Adakah periuk yang anda masak masakan halal ini, sama periuk dengan yang anda masak daging yang satu lagi itu…?

Jawapannya.. ya…

Saya tidak pasti sama ada periuk itu betul-betul dibersihkan atau tidak.. 

Maka saya kembali kepada hadith di atas tadi iaitu yang syubhah, dielakkan.

Jadi…
Bagi sesiapa yang hendak keluar negara khususnya ke negara yang memerlukan penelitian, sila buat homework dan kajian terlebih dahulu yer….

Jika hendak menceritakan semua ini, 70 muka surat pun saya belum dapat habis menceritakan…
Maka saya beri panduan asas sahaja yer…

Dengan dua soalan mudah yang diberikan, saya memerlukan dalam 13 muka surat saiz A4 untuk mengulasnya… dan hampir 3800 patah perkataan menghuraikan nya…

Selepas ini, saya akan memberi fokus kepada post yang terbaru yer…Insya Allah….

 Mungkin ada yang sebelum ini… dalam tahun 2005, pernah melihat filem…
"Narnia : The lion, the witch, and the wardrobe"

Jadi, atas nilai pengembaraan yang sama…
Untuk post saya yang terbaru yang akan saya siapkan, Insya Allah…
akan bertajuk…
"Darwin : The X, the Y, and the Z"

Apakah X,Y, Z tersebut…..
Dalam post itu, barulah saya akan nyatakan tajuk penuh iaitu apakah X, Y, dan Z yang dimaksudkan…
Nantikanlah… Insya Allah yer… :)

Sisipan semasa boleh didapati melalui facebook “Islamic Traveller” yang diuruskan oleh admin yang penuh dedikasi…. Iaitu maklumat tambahan harian… mahupun jika saya bermusafir…

Sedikit kesibukan agak membataskan… Namun, saya akan INSYA ALLAH, menghasilkannya yer….

Sementara itu… rajin-rajinlah ke MASJID yer…
Kita hendakkan naungan arasy ALLAH S.W.T. di Yaumul Mahsyar kelak… Insya Allah…

"ALLAH menyukai pekerjaan yang dilakukan secara terus-menerus walaupun pekerjaan itu kecil ataupun sedikit."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam sahih Muslim, disebutkan bahawa para malaikat bersalawat kepada orang yang berjalan pergi ke masjid dengan mengucapkan :
"Yaa ALLAH, limpahkanlah salawat kepadanya, dan limpahilah dia dengan rahmat selagi dia tidak mengganggu di dalamnya dan selagi dia belum berhadas."
(Hadith Riwayat Muslim)

Untuk mereka yang istiqamah…
Dinyatakan dalam Surah Fusshilat, ayat ke-30 hingga ke-32, yang bermafhum :

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata :
"Tuhan kami ialah ALLAH”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham) :

"Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh SYURGA yang telah dijanjikan kepada kamu."

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh – pada hari akhirat – apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu – apa yang kamu cita-citakan mendapatnya."

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari ALLAH Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Semoga ada manfaatnya dan kita diampuni… Insya Allah…

Allahumma Solli ‘Ala Saiyidina Muhammad….

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh….

 Terima kasih…… :)
 
 
video
 
Rakaman di atas...
diambil semasa berada di sebuah majlis tilawah Al-Quran di Kuala Lumpur...
Subhanallah....!

62 comments:

Tuti Listanto said...

Makaseh banyak ya Tuan Penulis...

Bagus bangat sihh..
Perkongsian yang bermanfaat buat gue..
Makanya, ini bisa memudahkan urusan gue tika bersapir nih..

Mohon diterusin yah karya seperti ini..

Anonymous said...

Good job, Bro. Orang yg sukakan kucing senang dijumpai dimana-mana, tapi pencinta kucing tak mudah ditemui. Begitulah juga, wanita yg cantik dimata mudah dijumpai dimana-mana, tapi yg cantik dihati itu sgt sukar ditemui. Ehh..terkeluar topik pulak.

Anonymous said...

"Marilah kita sama-sama memberi makan meow sekalipun jika kucing itu hanya tinggal satu gigi atau telinga terkoyak yer..."

Saya terasa macam nak gelak guling2 membaca misalan yang diumpamakan tersebut..

Mungkin post 'Darwin' panjangnya hampir sama dengan buku berketebalan 350 mukasurat, tu yang lambat tu..

Please don't take this comment seriously..please take it easy..happy flying!

sheikh-sss said...

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh buat ketiga-tiga sahabat yang memberi komen serta buat sekalian pembaca yang dikasihi ALLAH S.W.T....

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Buat Tuti Listanto..
Sama-sama dan semoga kamu nya senantiasa ingat kepada ALLAH S.W.T. serta semoga ini bisa menjadikan kamu insan yang lebih baik di sini-Nya, dengan izin ALLAH S.W.T. ya..

Buat Anonymous yang pertama...
Apa yang dinyatakan oleh mu tidaklah terkeluar topiknya dari pandangan ku... ia saling kaitan walaupun konteks nya sedikit berlainan..... :)

Buat Anonymous yang kedua...
Sebenarnya ia bukanlah misalan...
tapi ia adalah salah seorang sahabat saya dari kalangan meow...
ia memang telinga koyak dan gigi tinggal satu disebabkan mungkin
ada yang menzaliminya....
walaupun ia telah kenyang diberi makan oleh orang lain...
ia tetap mencari saya...
kesusahan yang telah dialaminya, maka menjadi kesukaanku menghiburkan hatinya biarpun ia hanya kucing jalanan yang suka menemaniku...

Atas asbab ini dan dengan izin ALLAH S.W.T, jualah..
saya didatangi oleh meow-meow jalanan yang entah dari manakah mereka ini datang...
dan ia suatu ALHAMDULILLAH....

Berkenaan "Darwin"...
ia sedang ditaip namun ia tidaklah mencapai 350 mukasurat... :)
cuma sedikit kesibukan yang agak tidak begitu mengizinkan...

Oleh sebab itulah, sisipan semasa di fb menjadi penghias hati harian yang menuntun hati menuju ALLAH S.W.T. dan ke arah memperbaiki amal kita... Insya Allah....

"Darwin", bukanlah setakat "Darwin" tetapi ia lebih kepada pelengkap kepada yang lain dan merangkumi banyak aspek dan motto saya, sekiranya saya tidak mampu memberikan yang terbaik ketika itu, maka saya akan diam, dan dikala saya mampu kongsikan yang terbaik, dengan izin ALLAH S.W.T... maka ketika itulah perkongsian ku nukilkan...

Saya amat menghargai segala sokongan dan saya akan terus kongsikan yang terbaik untuk kebaikan kita bersama yer...
Insya Allah... :)

Tuti Listanto said...

Masya Allah...

Makaseh ya Tuan Penulis.. Indah bangattt itu doanya...
Moga dimakbulkan oleh Allah yahh...

Makaseh juga yahh atas ilmunya itu yang Tuan kongsikan sama gue dan kita kita semua..

sheikh-sss said...

Insya Allah....
aamiin....

Anonymous said...

Kalau E&E bay basah sampai melimpah pilot kena buat apa? mendarat cemas ke?

Puasa yg ditinggal perlu ganti dlm tahun hijrah yg sama ke? Maksudnya ada 3 bulan (syawal, zulkaedah & zulhijjah) untuk ganti puasa tersebut. Bukan sampai sebelum ramadan yg seterusnya ke?

Anonymous said...

Kesiannya mama cat. Dibuang bila dirasakan dia dan anak2 beban kepada mereka. Geli hati ada kesian pun ada bila tengok mama cat gonggong anak dia ke sana ke mari punya protective tak nak orang usik. Merata tempat di bawak sampai atas bumbung rumah. Tapi mama cat yang dibela orang cukup makan. Mama cat yang hidup di jalanan, dah tak ada org bagi makan 3 kali sehari, cuma mengharap insan yang sudi. Nak cari makan untuk diri sendiri pun susah, nak susukan anak lagi.

Baru tengok satu gambar di "Dunia Kucing Kampung". Mama cat kurus sangat2. Mesti dia sangat lapar, mungkin dah tinggalkan anak2 dia sekejap untuk cari makan, tapi tak ada makanan untuk dia. Tiada insan yang sudi bagi makan. Balik dalam keadaan lapar. Entah kali yang ke berapa dah dia keluar cari makan kemudian balik pada anak2 dia dalam keadaan lapar tapi tetap susukan anak2 dia.

Laa Haw Lawalaa Quwwata Illa Billah...

Anonymous said...

Assalaamualaikumm

Kena betul apa yang Ustaz dalam Al-kulliyyah pukul 6 tadi sampaikan dengan blog ni. Tajuk "Darurat oversea". Mesej Ustaz, bila pergi oversea, yang pentingnya cari masjid. Dari situ juga boleh dapat list tempat makan yg halal dari jemaah masjid.

Ustaz cerita pasal nyamuk, yang hisap darah tu nyamuk betina sahaja. Bila dia hisap darah orang, dia tak terus hisap, dia rasa dulu darah tu ok atau tidak dengan dia. Kalau tak ok dia tak terus hisap, dia cari pulak orang lain. Nyamuk pun memilih, takkan kita manusia ni sukahati jer makan tak cari yg halalan toyyiban.

Ustaz bagi contoh kalau naik kapal terbang, ditunjuk cara ambil wuduk. Setengah gelas pun tak sampai...

Seronok mendengar ilmu yang disampaikan..sama macam seronok baca blog ni.

Saya sabar menanti post baru Darwin X, Y, Z. Mungkin ada penambahan huruf selain dari XYZ di saat-saat akhir kot, sebab tu lambat.

Diharap tuan blog tak bagi harapan palsu.. ~_~"

Jazakallah Khairan Khatiirann.

Anonymous said...

Tak ade menggigil, ketar2, jantung dup dap dup dap n rasa macam nak pitam ke bila lapar sangat puasa sampai 20 jam? Larat lagi ke bila berjalan? Kuat sungguh mental Tuan...

Anonymous said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Datang sini ingat nak baca post baru...belum ada rupanya. Alang2 dah ke sini eloklah saya buat sedikit pesanan..

Baru jer baca pasal wanita yang suaminya alami strok haba ketika bekerja di tengah panas. kepala dibedah untuk buang darah yang naik ke atas disebabkan panas melampau. Puncanya kurang minum air. Banyak perkara suaminya lupa lepas pembedahan dan perlukan 3 bulan untuk recover semula ingatannya.

Harap tuan blog dan pembaca sekalian tak ambil ringan dengan cuaca sekarang ni. Apabila tekak mula terasa kering, itu salah satu petanda yang badan sedang kekurangan air. Banyakkan minum air dan berdoa mudah-mudahan Allah jauhkan kita semua dari perkara tak baik...

Sekian.

Anonymous said...

Nak pastikan yang halal tu agak senang juga di Malaysia tapi yang betul2 halalan toiyiban tu yang susah.

Ada tengok video di FB, pasal lembu New Zealand. Untuk pastikan bekalan susu yang berterusan, ibu lembu perlu beranak selalu supaya dapat hasilkan susu, tapi anak2 lembu tak diperlukan. Terkejut tengok macamana anak2 lembu tu diperlakukan macam sampah bukan makhluk bernyawa. Susu dari lembu yang dizalimi, pasti ada rasa tak redha dengan manusia bila diperlakukan begitu. Pasti ada unsur2 negatif dalam susu tersebut walaupun halal dan disahkan JAKIM. Kesian budak2 yang minum susu dari lembu yang dizalimi...

Saya masih berharap yang video tu tak betul. Tapi memang dah tak beli dah...

Anonymous said...

Penuh dengan sawang dah blog ni...

Anonymous said...

Meooowwwww...

Mana lah Raja Meow berada nih..?? atau lagi bermusafir??

Anonymous said...

Entah apa khabar sihat ke tidak Tuan Blog ni. Cuaca sangat kering dan panas sekarang ni. Kami yang kurang terdedah bawah matahari ni pun ramai yang batuk demam pening kepala, Inikan pulak mereka yang perlu fly sampai berpuluh ribu kaki. Lagi panas ke rasanya berbanding di daratan? Kalau fly waktu tengah panas, makin atas makin rasa panas ke? Berapa max tinggi Tuan pernah fly?

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh buat sekalian pembaca budiman...

Pertamanya...
Saya ingin mohon maaf buat setiap pembaca yang budiman, yang dikasihi ALLAH S.W.T...

Walaupun saya lama menyepi..
Bukan sebab menyepi..
Tapi, sedikit kekangan waktu dan ada peperiksaan sebelum ini...

Sekarang ini sedang bermusafir, namun saya balasi menggunakan telefon bimbit agar dapat mengisi masa yang terluang..

Berkenaan blog..
saya selalunya menulis apabila tiada peperiksaan dan setelah selesai urusan dengan ibu, dan apabila datang idea yang berkualiti, Insya ALLAH...

sheikh-sss said...

Berkenaan E&E Bay...
Apabila basah, ia sama sahaja jika kita siram televisyen kita yang sedang dihidupkan, dengan air... Apakah yang akan terjadi pada sistem elektronik televisyen kita yer...?
Jadi, soal mendapat cemas atau tidak, sama-sama lah kita mohon ke hadrat ALLAH S.W.T. agar ALLAH S.W.T. anugerahkan keselamatan buat kita semua... Insya ALLAH.. :)

Puasa pula...
diganti dalam tahun Hijrah yang sama dengan membawa maksud, sebelum Ramadhan yang berikutnya...

Jika telah masuk Ramadhan yang berikutnya.. Perlu dibayar hutang puasa dan kafarah nya... bukan hanya membayar puasa sahaja yer... Jika termasuk dalam 'zon' masa yang berikutnya... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...

Sekadar perkongsian dan mudah-mudahan dapat diikuti bersama yer...

Di dalam kereta saya..
Disediakan lebih kurang 8 kotak Whiskas dan setiap kotak mengandungi 12 paket Whiskas... dan masih mempunyai ruang untuk meletakkan barangan lain sebab Whiskas tue kecil sahaja paketnya...

Jika kita berniat ikhlas.. luhur.. bersifat ihsan.. kasihkan sekalian makhluk ALLAH S.W.T... haiwan pun akan datang pada kita yer...

Kebiasaannya.. mama-mama cat, dan papa-papa cat... dari segenap daerah yang saya lalui akan datang pada saya... dan adakalanya, 5 ekor datang sekaligus dari pelbagai arah, dengan hanya membuat panggilan "meow"...

Mulakanlah langkah, dengan membeli Whiskas atau apa jua makanan kucing... simpankanlah dalam kereta mahupun motosikal..
Ia satu langkah yang mudah menuju keluasan rezeki dan sifat pemurah... Insya ALLAH..

Ada yang perhatikan apa yang saya buat...
Hingga suatu ketika, saya duduk depan masjid, dalam kereta.. sementara menunggu meow datang ke kereta... Ada seorang hamba ALLAH, telah mengeluarkan biskut kucing.. Saya tersenyum melihatnya... Namun, apabila saya keluar dari kereta, kucing-kucing itu datang pada saya.. dan mereka adakah mama-mama cat jalanan... ;)

Semoga akan ada ramai seperti hamba ALLAH itu...
Insya ALLAH... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...

Sedikit kekangan kesibukan tugas, dan ibu yang memerlukan serta menunggu idea bernas datang... melewatkan sedikit..

Bersabarlah wahai saudaraku..

Benar katamu..
memang isi nya berkisar berkenaan XYZ itu...
namun, saya selitkan isu lain sekali..
memandangkan, saya taip sedikit demi sedikit..
sekarang pun, saya membalasi ketika duduk dalam bilik hotel menggunakan telefon bimbit... di tepi sejadah..

Sepertimana yang dinyatakan dan sedia maklum.. saya sertai sisipan harian, melalui pihak admin.. di Facebook.. Islamic Traveller..

Bersabarlah duhai saudaraku..
Kerana saya tidak sukai memberi sesuatu yang tidak berkualiti..

Saya akan bersihkan rumah, selesaikan urusan dengan ibu, membaca untuk peperiksaan.. dan bermusafir...

Namun..
Sebenarnya, saya sudah mula menulis..
Introduction sahaja, sekian panjangnya..

Semoga kesabaranmu akan memberikan senyuman buatmu kelak, saudaraku... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.. :)

Alhamdulillah...
dup dap... dup dap itu..
tiadalah ada..

Bahkan..
ia diiringi dengan senyuman dan ingat pada ALLAH S.W.T...
Insya ALLAH..

Ia sepertimana kita berlari 100m.. Perlu berusaha sampai ke hujung garisan penamat..

Namun..
ALLAH S.W.T. memberi rukhsah atau kemudahan untuk berbuka jika tak tahan yer... dan ia perlulah diganti pada hari yang lain... sekiranya berbuka..

Alhamdulillah...
ALLAH S.W.T. yang beri kekuatan... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.. :)

Terima kasih atas pesanan itu yer... Appreciate...

Dalam pesawat..
memang cermin nya tidak tinted.. Namun, memang perlu air diminum.. dan pakai kaca mata..

Suhu di Kuala Lumpur sekarang..
berdasarkan sensor yang saya ada.. sekitar.. 28C hingga 38C..

Jika pergi solat di masjid.. khususnya solat Jumaat...
solat lah dalam kawasan yang teduh...
Elakkanlah kawasan berbuka..
Jika memberi makan kucing jalanan... berikanlah makan padanya dalam kawasan teduh yer... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh..

Ada susu yang dihasilkan di Malaysia... :)

Jika ada yang pergi ke Masjid KLIA.. selalunya..
antara Marghrib dan Isyak, ada dijual susu kambing fresh..
Ia lebih baik... :)

Selamat mencuba...
Insya ALLAH.. :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh... :)

Tersenyum saya...
sebab saya tahu saudaraku ini memantau...

Ia adalah laman sesawang.. ;)

Usahlah bimbang..
Saya sedang membalasi sekalian komen... walaupun sedang berada di tepi sejadah, dalam hotel saya menginap sekarang...

Blog pula..
Introduction nya sahaja..
sekian...

Namun..
Bersabarlah duhai saudaraku..

Syukran Jaziilan.. :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh..

meowwww... ;)

Raja Meow...
ada...

Sedikit kekangan waktu.. yang melibatkan peperiksaan.. urusan dengan ibu... dan bermusafir..

Sekarang...
sedang menaip sedikit demi sedikit..

Walaupun minggu depan ada exam lagi...
Namun, saya berusaha untuk menyempurnakan selagi berkesempatan yer...
Insya ALLAH... :)

Sekarang...
saya sedang dalam musafir..

Namun..
Raja Meow ini..
cuba mengisi waktu dengan membalasi komen... :)

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh... :)

Alhamdulillah...
sihat... :)

Semoga para pembaca sekaliannya juga dalam kesihatan yang baik yer... aamiin... :)

Cuba letak tangan atas cerek yang sedang panas...
tangan yang dekat, yang panas... atau yang jauh daripada nya...?

Jika kita lihat permukaan atas kenderaan ketika cuaca panas.. kita dapat melihat haba yang berada di permukaan bumbung kenderaan...

Kenapa yer...?
Sebab ia memantulkan kepanasan yang dijanakan matahari...
Jadi, manakah yang lebih panas...
Meletakkan tangan di atas bumbung kenderaaan atau jauh sedikit dari bumbung tersebut..?

Sudah pasti yang meletakkan tangan di atas bumbung kereta, lebih panas.. berbanding yang menjauhinya...

Jadi...
di permukaan bumi, yang bersifat pemantul haba, sepertimana bumbung kereta tersebut, lebih panas... berbanding yang menjauhinya...

Mudah kata..
ketika fly..
di atas lebih sejuk...
namun.. pancaran matahari, lebih dekat...

Setiap pesawat..
punyai had ketinggian..
iaitu had pesawat secara teknikal... dan had berdasarkan faktor berat pesawat dan seumpamanya...

Ada pesawat..
Setinggi 41000 kaki...
ada yang 43000 kaki...
dan ada yang 51000 kaki..

yang amat tinggi selalunya adalah jet peribadi, jet pejuang... dan pesawat pengintip...

Semoga ini dapat memberi kefahaman yer...
Insya ALLAH.. :)

Anonymous said...

Susah ke examnya?
Selamat Berjaya..

Anonymous said...

Kenapa dengan ibumu wahai saudaraku. Kurang sihatkah dia? Sudilah kiranya dirimu sampaikan salamku kepada ibumu.

Sesungguhnya, aku juga seperti mu merantau jauh mencari rezeki.

Aku punya impian, jika suatu hari ibu ayahku sudah uzur dan tidak berdaya lagi untuk menguruskan dirinya, moga pada hari itu Allah telah persiapkan aku untuk kembali ke kampung halaman untuk menjaga dan menguruskan mereka tanpa ada rasa beban di hati dan tanpa perlu mengharap pada adik beradik lain. Biar aku...

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh..

Ingin dinyatakan kepada semua yang memberi komen, silalah jangan guna "anonymous" sebab ia menyebabkan kekeliruan.

Perlulah dinyatakan nama bagi membezakan anda adalah lelaki atau wanita, supaya lebih jelas apa yang dimaksudkan mahupun dibalasi.

Kerana kadangkala pembalasan jawapan membawa maksud berlainan untuk lelaki dan wanita yer...

Harap maklum.

Terima kasih...

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh wamarghfirah waridwaanuh...

Terkini..
isu yang agak panas apabila ada yang ke Korea, namun
ada yang masih memikirkan yang setakat tidak menemui restoran
halal, terus menjadi rukhsah atau 'line clear' untuk makan di restoran tersebut...

Dalam penerangan awal daripada Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre melalui portal Astro Awani, beliau menjelaskan yang konsep rukhsah sepatutnya diamalkan dalam keadaan yang betul-betul darurat.

Bukanlah dengan alasan jika kita tidak menemui kedai halal, terus mendapat 'green light'... bukan begitu konsepnya.

Saya juga ada memberi sokongan dan maklumbalas melalui portal Astro Awani... bacailah...

Sebagai tambahan...
sekarang kita ada teknologi canggih...

Khususnya yang berada di Korea, dalam situasi ini...
Bagi yang memiliki telefon android, melalui "Play Store", muat turun aplikasi "Halal Korea-Muslim Quran Qibla" manakala bagi yang memiliki Apple, boleh muat turun melalui "App Store", "HalalKorea for Muslim".

Tak cukup...? maka layarilah..
"asiaenglish.visitkorea.or.kr/ena/CU/CU_EN_8_1_6.jsp"

Pengalaman saya ke Korea, China, Jepun, India, Myanmar, Australia... tidak menampakkan saya kenapa saya perlu pergi ke restoran sedemikian, sekalipun di China, seperti di Shanghai dan Beijing, ada restoran yang menjual arak namun, kambing dan sayurnya, halal.

Mengikut kaedah yang saya nyatakan sebelum ini, pinggan mangkuk untuk umat Islam, telah diasingkan di kedai halal sebelum ini dan sama ada boleh 'take away' dan masakan serta kuali tidak bercampur sedapur dengan 'haiwan' tersebut.

Sepertimana di beberapa restoran Nando's di Australia, ada 3 jenis Nando's... Fully Halal... Partial Halal.. atau Non Halal...

Saya tidak perlu memikirkan yang Partial Halal dan Non Halal...
saya cari sahaja yang Fully Halal...

Dari Malaysia...
kita boleh bekal mi segera, makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro...

Kalau semua telah tiada, kita ada kimchi di Korea...

Berusahalah...
kerana kita belum sampai peringkat darurat yer...

Ingatlah..
apa yang kita makan, akan menjadi darah daging kita....

Wallahu a'lam....

sheikh-sss said...

RUKHSAH MAKANAN

ALLAH S.W.T. ada berfirman dalam Surah Al-An'aam, ayat ke-119 berkenaan makanan halal.. bacailah tafsirnya yer...

Ustaz Syed Abdul Kadir ada menjelaskan berkenaan "darurat"...

Mari kita fahami berkenaan darurat...

Imam Qurtubi berpendapat "darurat" biasanya berkaitan dengan paksaan oleh golongan zalim agar kita melakukan sesuatu. Ia juga berkaitan dengan kelaparan di saat kebuluran.

Imam Fakhrul Razi berpendapat "darurat" mempunyai dua sebab iaitu kebuluran yang bersangatan tanpa mendapati sebarang makanan yang halal, dan dipaksa untuk melakukan sesuatu.

Imam Ibn Arabi menyatakan yang "darurat" ialah keadaan dipaksa untuk melakukan sesuatu, suasana kebuluran ataupun kefakiran tanpa memiliki sesuatu.

Imam Maliki menyatakan pula, "darurat" ialah takutkan kehancuran ataupun kematian secara pasti ataupun berdasarkan andaian yang kuat.

Hukum darurat wujud apabila seseorang mengkhuatiri kehancuran akan menimpa ke atas dirinya berdasarkan andaian yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara seratus peratus.

Imam Syafie menyatakan setiap perkara yang dihalalkan daripada perkara yang diharamkan berlaku dalam satu makna, tidak menjadi halal kecuali dalam ruang lingkup makna tersebut secara khusus. Apabila makna tersebut hilang, maka kembali semula hukum haram. Contohnya, memakan bangkai yang diharamkan memakannya adalah dihalalkan apabila seseorang berada dalam darurat, tetapi setelah keadaan darurat itu hilang, kembali semua hukum asal haram memakan bangkai.

Jadi, kita fikirkanlah...
di mana-mana negara kita berada, adakah kita betul dalam darurat..?
apabila ada lagi restoran halal atau kaedah halal lain yang boleh kita fikirkan...

Pengalaman saya bermusafir seorang diri... naik bas di Korea... dan ratusan kilometer di Australia.... belum memungkinkan lagi saya memikirkan yang saya dalam keadaan darurat...

Semoga senantiasa dalam kebaikan....

Sebagai tambahan...
kita yang di Malaysia ini...
biasakanlah bertanya dahulu di kaunter...
"Maaf... nak tanya.. restoran ini ada Halal Jakim tak...? Jika tiada, saya tak jadilah makan di sini..."

Biasakanlah diri...
Itulah yang biasa saya lakukan...

anehnya...
bulan Ramadhan ini... ada ramai juga yang berbuka puasa di restoran yang jelas lagi nyata tiada "Halal Jakim".

Mulai hari ini...
Rajin-rajinlah untuk bertanya di kaunter sebelum masuk...
kerana kita tidak tahu apa yang akan menjadi darah daging kita yer...

Jangan pandang mudah...
kerana kambing bakar itu sedap...
tapi, terfikirkah kita... apabila melihat api itu
membakar isi kambing itu...

Kita tidak mahu menjadi kambing itu...
yang mana apinya lebih panas dari api yang membakar kambing itu...

Ramadhan Kareem...

Wallahu a'lam....

Terima kasih....

Anon said...

Assalamualaikum

ohhhh...gitu yer. Patut la...rumah di kampung atas kawasan agak berbukit...Syuruk lambat lagi, tapi nampak cerah macam dah syuruk.

Itulah, selalu sangat melengah2 kan subuh. Rasa konfius juga, tapi bila dah balik perantauan lupa dah. Tak ingat pulak nak cari sebabnya...

Tapi, bukan berbukit tinggi sangat pun, sikit jer. Waktu solat pun ikut waktu yang ditentukan pada zon, dah azan kiranya dah masuk waktu.

Sudilah kiranya Tuan berikan nasihat pada orang2 yang suka melengah2 kan solat macam saya.

Thanks in advance.

sheikh-sss said...

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Salam Aidilfitri...

Assalaaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh

Saya bukanlah orang yang terbaik dalam memberi nasihat kerana ada ramai para ulama di luar sana...

Namun, akan saya kongsikan hadith buatmu berkenaan permasalahanmu, saudaraku...

Dari Ibn Mas'ood r.a :
"aku bertanya RASULULLAH S.A.W, apakah amal yang lebih disukai ALLAH?"
Sabda baginda," asolah 'ala WAQTIHA" (bermaksud solat tepat pada waktunya) mengikut alHakim dalam alMustadrak, maksud yang benar ialah solat pada waktunya)."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ibn Umar r.a., "solat pada awal waktu mendapat keredhaan ALLAH, solat pada akhir waktu mendapat kema'afan ALLAH."
(Hadith Riwayat At-Tirmdizi)

Imam Syafiee menjelaskan mengenai hadith ini. Ia adalah hujah. Maksud keredhaan ALLAH ialah kerana solat diawal waktu adalah perbuatan Ihsan (excellence), manakala kema'afan ALLAH kerana telah cuai dengan melengah-lengahkan solat.

Berkenaan di tempat tinggi waktu yang akan memberi kesan adalah Subuh dan Marghrib kerana ia melibatkan kedudukan matahari di ufuk, in relation to horizon.

Sama ada kita dalam pesawat ketika itu... atau di puncak bukit mahupun gunung... atau dalam apartment serta hotel yang tinggi... Subuh kita akan lebih awal... Marghrib kita akan lebih lewat... dan adakah kita berada di jujukan garis khatulistiwa atau kita lebih ke arah utara mahupun lebih ke selatan...

Pengalaman mudah dalam bulan Ramadhan... Jika kita bersahur di Kuala Lumpur... tetapi ketika Marghrib di Kuala Lumpur, kita sedang merentasi lautan Hindi atau Laut China Selatan... waktu Marghrib atau Subuh kita, bukanlah mengikut waktu Kuala Lumpur.. tetapi waktu di kedudukan itu mengikut ketinggian, kelajuan, arah, serta latitude dan longitude.

Semoga ALLAH S.W.T. memberikan kebaikan yang banyak buat saudara serta yang lainnya... aamiin....

Wallah a'lam...

Jazaakallah..
Assalaaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

MakTam said...

Assalamualaikum.

Betullah tu...setuju sangat2. Kambing bakar memang sedap. Bila ada kenduri, ada pulak kambing bakar memang itu yang orang tunggu berbaris. Sapa yang nak kenduri tu, andai ada rezeki lebih bolehlah raikan tetamu dengan kambing bakar. Tetamu seronok diraikan, tuan rumah seronok meraikan. Tapi, dalam halal pun boleh jadi haram. Yang tu memang perlu tawakal kepada Allah dengan sebenar2 tawakal. :-)

Contoh, saya pernah tengok satu rancangan masakan di TV Alh****h. Tengok chef tu pergi beli daging kambing masuk dalam plastik. Balik masak, dia terus masukkan daging kambing dari plastik tanpa dibasuh. Nak buat macamana dah memang dia tak tahu hukumnya wajib basuh daging tu sebelum masak. Kesian penonton yang juga tak tahu ikut macam yang dia buat. Yer...daging memang lagi sedap dan manis kalau tak basuh. Pernah dengar chef lain bgtau. Jadi, basuh sekadar perlu alirkan air. Tak perlu rendam dll.

Itulah pentingnya ilmu kan...

Terima kasih untuk semua perkongsian pengalaman dan ilmu.

Salam Aidil Adha.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh...

Terima kasih atas perkongsian.

Salam Aidil Adha.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh...

Terima kasih atas perkongsian.

Salam Aidil Adha.

Nurdina Najwa Johari said...

Alhamdulillah.. sesuatu yg sgt bermanfaat utk dkongsikan...semoga Allah swt sentiasa memberkati perjalanan hidupmu...

Anon said...

Assalamualaikum.

Saya pernah pergi satu seminar berkaitan solat, gabungan assatizah yg popular dan berkelayakan di Malaysia termasuk Ustaz Zahazan dan Ustaz Zaharuddin. Salah seorang speaker(bukan Ustaz Zahazan dan Ustaz Zaharuddin, saya betul2 tak pasti OK atau tak utk sebut nama beliau) bicara mengenai solat dalam pesawat. Katanya, tak perlu guna debu pun utk tayamum, cukup sekadar tepuk tangan pada kerusi, dinding atau mana2 bahagian pesawat kemudian tayamum macam biasa. Sampai sekarang saya konfius sebenarnya, Sekarang tak ada keperluan naik kapalterbang, tapi duk terfikir kalau perlu naik nanti, nak tayamum macam tu ker... Mungkin masa tu kalau rasa konfiden saya tayamum macam tu kot... ehh, entahlah...tengah menulis ni pun saya rasa konfius..

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Anon....

Jazaakallah atas mesej dan maaf sebab lambat membalas.

Begini lah yer....
Tidak perlu lah risau...
Saya buat perkara itu simple dan tempat...

Kalau rasa ragu-ragu....
Buat yang yakin.

Pergi flight..
Siaplah dengan wuduk sepertimana yang saya buat... Saya menerbangkan pesawat dalam keadaan menyimpan wuduk dan seandainya ada berlaku perkara yang membatalkan wuduk, bekallah botol plastik kosong yang kecil (bekas botol minyak wangi contohnya) yang ada muncung spray.

Apabila hendak ambil wuduk..
masukkan air ke dalam botol tersebut..
dan semburlah pada bahagian wuduk,
lalu laplah sebagaimana cara wuduk biasa...

Semasa takbiratul ihram, berdiri.. kemudian boleh duduk semula...

Insya Allah...
semoga ini membantu mu yer..

Wallahu a'lam...

Nony said...

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.

Betul. Saya setuju sangat2 dengan MakTam, aspek ilmu memang sangat penting. Ada perkara yang nampak kecil tapi impaknya sangat besar...

Biasa pergi pasar malam, tengok penjual murtabak dan kuew teow goreng. Memang teringin sangat2, tapi nampak jelas telur yang digunakan terus diambil dari sarang dan dipecahkan tanpa dibasuh terlebih dahulu. Nampak jelas ada kotoran. Tak jadi le nak beli. Sekarang pun popular dengan bisnes makanan dari rumah, macam2 jenis kek memang menyelerakan ramai promot di macam2 grup food delivery di FB. Kadang2 beli juga, dah tak nampak dan orang Islam yang buat. Jadi, Bismillahi Tawakkaltu Alallah..

Itulah, yang tak tahu tu bukan untuk dijauhi dan dihina...tapi untuk didekati dan dibimbing. Tapi, apalah daya orang macam saya. Hanya mampu menegur, itupun secara indirect di media sosial...

Zila said...

Assalamualaikum, saya baru disini. Alhamdulillah perkongsian yang bermanfaat

sheikh-sss said...

Wa'alaikumussalaam Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Teruskan membaca.
Semoga manfaatnya berpanjangan, Insya Allah.

Kak Sham said...

Assalamualaikum Tuan Penulis,

Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Saya salah seorang pengikut blog dan Fb islamic traveller dr dulu lagi. Suka sangat dengan ilmu dan post2 yang dikongsikan.

Agaknya bila ye Tuan Penulis akan update untuk next article, tak sabar nak baca. Dan kenapa di fb tuan penulis lama dah tak diupdate? Kami ternanti-nanti juga next post di fb sambil menanti next article dr tuan. Suka sangat dengan perkongsian dari tuan penulis.

Harap tuan penulis teruskan kongsi ilmu dengan kami semua, jangan lupa pic kucing meow yang comel.

iyahyuktravelling said...

Assalamualaikum ww. Terimakasih info yang sangat bermanfaat. Saya masih newbie nih, lagi blogwalking. Salam kenal je

Rianti Paswari said...

Kaka sham,,,

ak stuju bangat sama kaka. bikin ak pnasaran aja, kapan dong mau post bru.. mgkin aja pnulisnya lg sbuk deh..

nyabar nyabar..

sheikh-sss said...

:)

Anonymous said...

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...

Saya sampai termimpi2 tuan blog dah balik dari bermusafir dan dah update blog dengan post baru. Banyak saya nak tanya tapi risau tuan blog tak suka, nanti tuan blog marah. Sekian saja mimpi merepek saya masa tidur lepas subuh, bangun2 dah dekat pukul 10...

Jangan marah nanti kena jual...

Anonymous said...

Ehhh, tuan blog bermusafir keee? Patut tunggu post blog dan fb tak update2...

Alamak, tertiba menyibuk pula... hahahaha jangan marah2, senyum sokmo... baru manis... ok byeee

Mus said...

Entah apa reaksi tuan penulis bila baca komen2 di sini. Ramai pulak yang degil tu..guna juga 'anonymous'. Harap tuan terima kami seadanya. Mungkin kadang2 buat tuan gembira, kadang2 buat tuan marah. Kadang2 suka, kadang2 menyampah. Semua dalam satu. Ada komen tu nampak macam sengaja menguji kesabaran tuan, saya agak orang tu kenal tuan. Harap tuan cool melayan macam2 kerenah yang ada. Teruskan menulis...saya sabar menunggu post seterusnya...

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Saya baca semua mesej kalian namun saya akan ada exam.

Seronok juga lihat ada yang menunggu namun mungkin ada yang terlupa, please jangan guna "anonymous" sebagai nickname jika hendak hantar mesej.

Harap maklum untuk kesekian kalinya yer.

Maaf sebab fb tak update sebab pihak admin fb juga sibuk.

Tak mengapa. Saya akan fokus pada isi kandungan blog ini.

Diulangi, tiada nickname "Anonymous" lagi yang digunakan jika hendak menghantar mesej.

Terima Kasih.

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Kak Sham said...

Wasalam..

Alhamdulillah jika tuan penulis sudi baca mesej dari kami semua. Bukan apa, kami semua ternanti-nanti dan tak sabar nak baca post dan update terbaru dari pihak tuan dan admin. ia lah, mungkin masing2 sibuk dengan urusan masing-masing. Kami ingat fb juga tuan penulis yang update, sebab tue assume bila blog sepi fb pun sepi. tapi tak mengapa,kami sedia menanti update dari kedua-duanya.

Apapun Good Luck Tuan untuk exam tuan, Semoga Lulus dengan cemerlang, Gemilang dan Terbilang!

sheikh-sss said...

Insya Allah...
Syukran Jaziilan.....

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Iman said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Seronoknya dapat pergi macam2 tempat timba pengalaman baru. Sekadar baca mengenai pengembaraan orang pun dah rasa teruja, belum lagi alami sendiri. Banyak juga saya baca mengenai pengembaraan orang, tapi sebab tak alami sendiri, jadi sekadar baca sahaja. Itupun dah rasa terlalu banyak manfaat yang saya dapat.

Antara yang menarik perhatian saya, cabaran bila bermusafir dalam kumpulan dua orang atau lebih. Ye lah, kalau sorang2 ikut suka hati nak pergi mana, tak ada orang buat kita stress. Kalau dengan orang, kita nak duduk senang lenang di pantai, dia ajak pergi beli barang. Baru plan nak pergi satu2 tempat, dia cakap lapar nak makan dulu. Tetiba dia tak sihat, serba salah dibuatnya nak teruskan plan sendiri atau temankan orang sakit. Atau sebaliknya.

Walaupun banyak terjadi perkara yang tak disukai, itulah salah satu cara kita mengenal dan memperbaiki diri. Kalau selesa, tak ada orang buat kita tersangat marah, stress dan lain2 kita takkan tahu tahap kesabaran, kejujuran dan kelemahan diri.

Yang paling menarik, kalau kita nak deal perkara yang besar2 contohnya nak berbisnes puluhan ratusan ribu, kita bawa bakal rakan bisnes kita tu bermusafir duduk sebilik dengan kita. Tiba2 dia tanya, ada bawak berus gigi lebih tak?.. Tapi tak tau lah kalau dia dah tahu niat kita bawak dia bermusafir sekali...

Saya tak tahu realiti apa yang dikatakan sebab tak pernah lagi bermusafir jauh2 lama2...

Maaf...panjang pulak membebel...excited nak share apa yang saya tahu walaupun sekadar teori. Mana tahu Tuan ada pengalaman deal dengan macam2 jenis orang sepanjang bermusafir yang pastinya berbeza dengan orang2 yang biasa berada di sekeliling Tuan, sudilah share dengan kami nanti...

Terima kasih.

kawan lama said...

Assalamualaikum, Sahabat.

Lama tak dengar cerita. Apa khabar? Masih setia dengan Cik Mas atau macamana sekarang?

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Info :
Instagram dan Twitter, baru sahaja diaktifkan dengan post yang pertama.

Jazaakallah.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Saya jawab kedua-dua sekali...
iaitu daripada "Iman" dan "Kawan Lama"....

Terlebih dahulu, terima kasih buat semua yang menghantar mesej, walaupun saya dalam kesibukan exam.

Buat "Iman"....
Iman itu lah yang menguatkan kita...
Kesabaran itu, kunci nya walaupun amat perit....

Membalas kejahatan dengan kejahatan...
dan membalas kebaikan dengan kebaikan....
Itulah yang biasa kita lihat di sekeliling kita...

Membalas kebaikan dengan kejahatan pula... memang tidak bersyukur.

Membalas kejahatan dengan kebaikan, amat jarang orang buat...
Sebab is bukan mudah dan menyakitkan hati...
Namun, kunci nya adalah kesabaran.
Ia bergantung dengan jenis ujian yang ALLAH S.W.T. berikan pada kita...

Tetapi semuanya berkaitan dengan sesama manusia, baik apa jua jenis kesabaran tersebut sebab konteks di atas adalah Hablumminannas... iaitu hubungan sesama manusia.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Menakjubkan perihal orang yang beriman. Sesungguhnya setiap perkara dalam urusannya (orang mukmin) semuanya adalah baik baginya dan tidak berlaku hal yang demikian melainkan ke atas mereka yang beriman. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar maka yang demikian adalah baik baginya dan jika dia didatangkan kemudahan dia bersyukur maka yang demikian adalah baik baginya.”
Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Secara peribadi..
Sekadar hendak share dengan saudara "Iman"...
Saya sering membalas kejahatan dengan kebaikan....

Firman ALLAH S.W.T. yang bermafhum :
…Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan."
( Surah Ali ‘Imrรขn : 134 )

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ini untuk motivasi.. :)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menahan amarahnya, padahal ia mampu untuk melampiaskannya, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memanggilnya di depan para makhluk pada hari Kiamat, lalu ia disuruh memilih bidadari yang ia kehendaki.”
(Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Manusia ini ada pelbagai jenis...
Ada yang menyenangkan ada pula yang menyebabkan kita dalam kesabaran yang tinggi.

Dalam Surah Al-Hujuraat, ayat ke-13, yang bermaksud :
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Untuk yang ada kawan yang terlupa itu ini semasa bermusafir, kita buat lah peringatan awal....

Kalau yang bermusafir lebih seorang, masa pasti akan lebih sebab ada banyak pemikiran di situ dan rancang lah, walaupun tak semudah yang disangka.

Banyakkan bacaan ASMAUL HUSNA...
Insya Allah yer....

Wallahu a'lam....


DAN...

Buat "Kawan Lama"...
Alhamdulillah...

Baik MAS, Air Asia, Malindo, Fire Fly, MAS Wings... ia mengikut keperluan peribadi seseorang itu..
Yang penting, kita sama-sama mencari rezeki yang halal... Insya Allah yer..

Take care... ;)

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh, saudara-saudaraku yang ku sayangi sekalian...

Seringkali diriku menyatakan yang diriku takkan menulis hingga keluar ilham terbaik daripada ALLAH S.W.T...

Walaupun separuh sudah disiapkan dalam artikel terbaru...

Namun, diriku kini hampir selesai exam.... dan ALLAH S.W.T. menjemput ku ke Madinah..

Insya Allah...
diriku harap separuh yang lagi, akan dapat dihasilkan setelah kembali dari sana...

Juga menemui sahabatku dari kalangan kucing di sana.... :)

Buat semua..
Take care....

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

mus said...

Assalamualaikum Warahmatullah

Jika tak keberatan, harap sudi sampaikan Salam kepada Rasulullah SAW, dan masukkan sekali dalam doa ketika di Tanah Suci...diberi kebaikan dunia dan akhirat, diampunkan segala dosa, yang belum berjodoh diberi jodoh yang baik dan dipermudahkan jodoh, dimurahkan rezeki, disembuhkan dari segala penyakit, dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang ikhlas, dijauhkan dari sifat riak, ujub dan sombong, dipermudahkan dalam melaksanakan segala suruhan dan perintah Allah, dipermudahkan segala urusan, dijemput ke Baitullah untuk menunaikan Haji dan Umrah....

Mudah-mudahan Allah makbulkan...

Semoga Allah merahmati mu, menerima Umrah mu dan memakbulkan segala doa mu...amiin

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Lengkap do'a mu itu, saudara Mus....

Insya Allah....
aamiin...

Sama-sama lah kita yer..

Jazaakallah...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum penulis a.k.a Raja meow.. semoga sentiasa dalam limpahan rahmat serta pertolonganNya. Jaga diri baik baik sentiasa. Moga dipermudahkan segala urusannya ya ๐Ÿ˜Š

sheikh-sss said...

Wa'alaikumussalaam Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.

Jazaakallah.... aamiin...

dan begitu jua buat saudara serta sekaliannya..

Semoga dipermudahkan segala urusan..... :)

Anon said...

Assalamualaikum WBT

Senyaaaaapp jer kat sini...

Salam Ramadhan...Selamat berpuasa semua...

sheikh-sss said...

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Syurga mempunyai seratus darjat (tingkat); di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sama dengan jarak bumi dan langit. Tingkat yang paling tinggi ialah Syurga Firdaus, darinya akan mengalir sungai-sungai ke dalam empat Syurga, di atasnya terletak 'Arasy. Apabila kamu meminta kepada ALLAH, maka mintalah Syurga Firdaus."
(Hadith Riwayat Tirmizi dan Bukhari)

Sesiapa yang berkelapangan, saya menjemput ke Masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya... Masjid Tuanku Mizan Putrajaya... Masjid Putra Nilai.... Masjid KLIA Sepang...
Insya Allah....