Bismillahirrahmaanirrahiim.... Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan ALLAH pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.
(1) Pemimpin yang adil,
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada ALLAH S.W.T.,
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
(4) Dua orang yang saling mencintai kerana ALLAH S.W.T.
berkumpul dan berpisah kerana ALLAH juga,
(5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata "Aku takut kepada ALLAH",
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta
(7) Seorang yang berzikir kepada ALLAH di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.”
[ Hadith Sahih Bukhari ]
Ada 5 golongan yang akan ALLAH S.W.T. lindungi dari cuaca yang panas di Padang Mahsyar... iaitu :
~ Orang yang sering solat.
~ Orang yang sering mengaji.
~ Orang yang jauh dari kemaksiatan.
~ Orang yang sering bersedekah.
~ Orang yang menangis kerana dosa.
Terfikir...
Bagaimanakah situasi di sana....
Jika masalah dunia, dahi mula berkerut....
Inikan pula masalah akhirat...
Lembaran Al-Quran dibuka...
dirujuk kepada Surah 'Abasa, ayat ke-37, yang bermafhum :
"Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja."
![]() |
Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya... ziarahi lah yer... |
Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa di Padang Mahsyar, ada golongan yang dijemput oleh Allah S.W.T. untuk bernaung di bawah Arasy ALLAH sebaliknya ada pula golongan manusia yang terus didera terdedah dengan kepanasan matahari di atas ubun-ubun.
Mereka yang didera dengan kepanasan itu, hancur luluh oleh panahan cahaya matahari yang amat dahsyat dan dileburkan pula oleh kepanasan hati mereka sendiri yang mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan kelalaian mereka semasa hidup di dunia dahulu.
Dalam kepanasan yang amat dahsyat itu, manusia berhimpit-himpit dan bertolak-tolak kerana mereka berada dalam satu padang yang luas tetapi tetap sempit dan berhimpit-himpit.
Dalam suasana demikian, tiba-tiba ALLAH S.W.T. dedahkan segala buruk mereka yang telah dicatatkan dalam satu rekod kejahatan dihimpun dalam sistem rakaman ALLAH yang tidak tercicir walau sedikitpun, maka alangkah tebal muka mereka kerana menanggung malu yang keterlaluan.
Hancur luluh manusia dengan kepanasan matahari, kepuasan hati menanggung malu yang tidak terperi. Peluh mengalir dari tubuh manusia sehingga bumi mahsyar dilanda banjir peluh yang berbau hanyir dan bumi mahsyar menjadi basah.
Banjir peluh dan airmata menenggelami manusia tetapi menurut kadar dosa masing-masing. Ada yang sampai ke paras lutut, paras pinggang, paras hidung dan tidak kurang juga yang karam di dalam lautan peluh dan air mata.
Sama-samalah kita memohon dan memastikan termasuk dalam antara yang 5 di atas tadi... mahupun salah satu orang yang beramalan antara yang 7 di atas... sebab sehingga kini, diriku risau jika tidak termasuk dalam salah satu dari golongan itu...
Untuk itu, nukilan dalam warkah ini, ringkas sahaja kerana ia amat penting... dan warkah seterusnya telah diriku hampir siapkan dan akan mengiringi warkah ini...
Diriku ada menyimpan sisipan alamat masjid di Hong Kong dan di Jepun... yang mana, bukanlah di Malaysia sahaja kita tahu adanya masjid, tetapi... carilah juga masjid apabila kita ke tempat yang mungkin kita akan berfikir tiada masjid di situ...
Inilah senarai yang ada dalam simpananku yang ingin ku kongsikan... agar kita termasuk dalam golongan yang hati berpaut di masjid... dan semoga itu, terselamat di Padang Mahsyar...
Selaras dengan motto blog ini ....
"Jangan tunggu untuk sempurna, baru hendak ke masjid mahupun surau... tetapi sempurnakanlah diri melalui usaha..."
![]() |
Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya... jommm... |
Untuk warkah ini, sebelum warkah seterusnya dilanjutkan pada keesokan harinya, Insya Allah... yang hampir siap.. diriku akhiri dengan... Surah Al-'Asr, yang maksudnya :
Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Semoga ada manfaatnya... Insya Allah...
Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...
10 comments:
ada beza ke azan yg dialunkan di malaysia dan negara-negara lain?
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Yer, ada perbezaan azan tetapi bukan dari segi bacaan, cuma dari segi suara, bunyi pembacaan;
Namun, dari segi asas bacaan adalah tetap sama.
Sepertimana kita biasa lihat di televisyen, azan di Makkah, Madinah...
Cuma di Melbourne, Sydney, India, Jepun, Indonesia.. ada sedikit perbezaannya...
Ada azan yang dilaungkan, menyebabkan kita menitiskan air mata...
Perbezaan ini lah yang menyebabkan ia indah...
Marilah kita buka Al-Quran, Surah Al-Hujuraat,
ayat ke-13... Betapa dinyatakan yang ciptakan manusia ini dengan kepelbagaian... supaya saling kenal mengenal.. dan yang lebih baik antara semuanya adalah ketaqwaan...
Insya Allah...
Terima kasih.
Assalamualaikum
Pernah tak pergi mana2 masjid di luar kemudian ada majlis ilmu di situ. Suasananya sama ke macam di Malaysia?
Bismillah..
Saya belum pernah mendengar azan di luar negara. Cuma azan dari masjid berdekatan rumah yang selalu didengari. Daripada alunan azan, saya agak ada 3 orang bilal di masjid tersebut. Ada satu bilal tu, bila dia azan saya rasakan ada satu perasaan yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata..lebih kepada perasaan sayu dan sedih. Yang pasti perasaan itu lebih indah daripada perasaan gembira dan bahagia..sebab dalam sayu dan sedih itu ada ketenangan yang jarang dirasa ketika gembira...
Betapa rasa syukur, Alhamdulillah sangat2 bila dapat dengar azan daripada bilal tersebut sebab perasaannya sangat lain. Setiap sesuatu itu ada tempoh masanya yang telah ditentukan Allah, sedih bila membayangkan satu hari nanti saya dah tak dapat dengar lagi azan tersebut...
Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wabarokaatuh...
Alhamdulillah..
Pernah...
Di India... Australia..
Suasana..
hampir sama...
secara asasnya...
Perbezaannya..
dari segi jemaah yang berlainan negara...
Cara ia disampaikan yang mungkin sedikit lain..
Namun...
Secara amnya..
hampir sama...
Terima kasih... :)
Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh... :)
Apa kata saudara/saudari pergi ke masjid tersebut.. Instead of duduk mendengar dari rumah..
Ia pastinya lebih indah.. :)
Saya sendiri adalah..
Alhamdulillah..
seorang bilal dan imam..
selain tugas penerbangan..
Apabila kita melaungkan azan..
setiap muazzin atau bilal.. ada cara mereka tersendiri yer...
yang penting, ia perlu diusahakan untuk dizahirkan dengan hati yang ikhlas dan penuh ketulusan kerana ALLAH S.W.T. yer.. yang kadangkala mampu menitiskan air mata.. apabila kita keseorangan..
Lembutkanlah hati dengan mengusap meow selalu.. dan zikrullah...
Insya ALLAH.. :)
Jika bagi seorang muslimah.. senang....
ketika hari pertama haid..
ada do'a.. yang pahalanya sama dengan 40 syahid...
Insya ALLAH...
Pesanan saya...
hidupkanlah masjid di hati..
datangilah ia...
Jika waktunya telah tiba untuk kita kembali..
alangkah indahnya jika waktu itu, kita berada di dalam masjid..
Azan di luar negara...
memang lain..
mengikut dialek bunyi percakapan dan bangsanya..
Setiap satunya ada keindahan..
Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Hujuraat, ayat ke-13...
Semoga kita semua kembali kepada-Nya dalam keimanan dan dimasukkan dalam Syurga Firdaus... aamiin...
Waalaikummussalam Warahmatullahi Wabarakaatuh..
Bagi lelaki, solat berjemaah di masjid itu lebih utama daripada solat di rumah. Bagi seorang wanita pula, solat di rumah itu lebih baik dan lebih utama dari bersolat di masjid.
Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik masjid bagi kaum wanita adalah di dalam rumahnya" (Riwayat Ahmad)
Jadi, tiada sebarang keperluan bagi seorang wanita ke masjid untuk mendengar azan. Melainkan untuk menghadiri majlis ilmu dan sebagainya.
Yaa Muqallibalqulubb Tsabbit Quluubana Alaa Diinik...amiin...
Untuk lebih mudah, sila guna nama dan jangan lah guna "anonymous" supaya lebih jelas pihak yang dituju, supaya tidak timbul kekeliruan. Harap maklum yer...
Terima kasih.
Assalamualaikum...
Garangnya Tuan blog....
Cerita pasal azan, di tempat saya ni pagi2 subuh dapat dengar azan dari 3 masjid/surau berlainan, 1 masjid je yang saya tau, 2 lagi tu tak tau surau/masjid mana bunyi sayup2. Yang musykilnya sejak akhir2 ni, salah satu dari 2 surau/masjid tu azan awal 2 minit. Kenapa ntah...
Saya selalu cek waktu solat, sebab tu tau. Bagi yang bergantung pada azan tersebut sahaja, memang tak tau la kot. Bagi yang nak puasa tu, sempat lagi minum 5 6 teguk air walaupun dah azan...
Sekarang masjid dah start baca Qunut Nazilah. Sedih sangat2 dengan nasib saudara2 kita di Rohingya, saya hanya mampu berdoa, mengutuk di FB. Suara bilis2 tak ada sapa peduli pun..
Nak tanya, masa supermoon hari tu Tuan ada di mana? Di darat atau udara? Kalau di udara, macamana rupanya dilihat dari atas kapal terbang?
Thanks in advance...
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh, saudara Mus.
Bukan garang, tapi tegas.
Pada ketika Super Moon, saya tidak bertugas, jadi saya tidak terbang ketika itu yer..
Berkenaan masalah awal azan, pada pendapat saya, ada dua faktor yang dapat kita fikirkan.
Pertama...
Berkemungkinan Masjid tersebut dan juga mungkin Masjid lain pun ada terbuat kesilapan yang sama iaitu mengikut bunyi alarm azan pada sistem penentu waktu solat automatik yang mana penelitian tidak dilakukan berkenaan apakah waktu jam yang tepat.
Waktu solat yang dipaparkan mungkin tepat tapi waktu jam tangan tidak dilaras tepat.
Sama juga apabila kita ke surau di R&R, walaupun di siling ada tanda kiblat dan di lantai ada kiblat yang salah, kita tidak memandang kiblat yang betul dan hanya bentang sejadah lalu terus takbir.
Untuk waktu paling tepat, senang sahaja....
buka laman sesawang
time.is .
Tanpa www atau https .
Semoga membantu yer....
Insya Allah.
Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh.
Post a Comment