Sunset... Coast Meet Mosque...

Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh... :)
Semoga saudaraku yang budiman sekalian, senantiasa dalam kesihatan yang baik yer..
Dimulai dengan salawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W….

maka diriku mulai dengan raja segala salawat…

marilah kita sama-sama bersalawat yer….  

iaitu Salawat Tafrijiyyah… yang maksudnya :


“Yaa ALLAH !  Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkahnya itu terurai segala simpulan, terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat, tercapai segala keinginan dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman) serta dicurahi hujan rahmat dengan berkah peribadinya yang mulia. Rahmatilah ahli keluarga dan para sahabat baginda dalam setiap kerlipan mata dan tarikan nafas sebanyak jumlah pengetahuan-Mu.”


Bacaan salawat ini secara lafaz bolehlah dirujuk kepada kitab mahupun buku yang ada dinyatakan salawat ini.

Salawat ini juga dikenali sebagai Salawat Nariyah atau Salawat Kamilah...

Antara kelebihan salawat ini yang ingin kugalakkan dibacai... adalah...
bagi yang mengamalkannya... kelebihannya adalah....

~ ALLAH akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya
~ ALLAH akan memudahkan segala urusan hidupnya
~ Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya
~ Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
~ Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka
~ Dia sentiasa dicintai oleh semua orang
~ Segala yang dihajati akan dimakbulkan ALLAH
~ Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan

ku mohon maaf kerana sepatutnya ku publish sebelum ini... namun diriku baru kembali dari bermusafir selama 2 hari... dan petang ini, akan bermusafir lagi.. tetapi pergi menziarahi ibuku di kampung.... diriku seorang anak yatim.. tetapi adalah amat perlu bagi kita untuk senantiasa mengambil perhatian terhadap ibu kita.. dan juga haiwan-haiwan di sekeliling kita...



Peringatan ini ku ambil di sebuah masjid di Darwin, Australia.. yang akan ku nukilkan kisah berkenaan pengembaraan pencarian masjid di Darwin nanti dalam post yang lain, Insya Allah...

Peringatan di atas ini..
mengingatkan kita untuk memanfaatkan masa sebaiknya yer.. Insya Allah..

Pada kesempatan ini yang berbaki 3 jam.. diriku pagi tadi menziarahi 'anak buahku' iaitu kucing-kucing di persekitaran ini....
pasti ada di antaranya lapar...
dan beberapa hari lepas... ada orang yang membuang ibu dan 3 anak kucing...

Pengalamanku yang sebelum ini yang membela sekitar 20 ekor kucing... kambing.. ayam.. itik.. arnab... burung... ikan... mengajarku untuk menyayangi mereka... yang ku anggap sebagai saudaraku.. dan bukan haiwan.....

Disebabkan pengalaman bersama kucing yang lama... maka diriku selalu berbual dengan kucing.. melalui bahasa yang ku reka buat mereka...

Saudaraku yang budiman...
biar siapapun... baik ia kucing...
janganlah kita biarkan ia merengek di tepi meja kita... 
berpagilah dengan bersedekah....

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Tidaklah seorang hamba bangun pada waktu pagi kecuali terdapat dua orang malaikat yang turun dan berkata : "Yaa ALLAH, berikanlah kelebihan harta untuk orang yang mengeluarkan infak (menafkahkan hartanya)."
Malaikat yang satu lagi mengatakan : "Yaa ALLAH, berikanlah kepada orang yang kedekut kerosakan hartanya."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Jadi, kucing yang dibuang orang ini... datang kepadaku dan diriku faham apa yang dimaksudkannya.. iaitu ia kelaparan dan anak-anaknya lapar...
Walaupun pertama kali bersua, dia dan anak-anaknya datang kepadaku dan mula berpusing-pusing di kakiku... maka ku ucapkan pada mereka... "Duhai sayangku.. sabarlah.. sekejap lagi ada makanan buatmu...." maka mereka pun menanti.... dan ALHAMDULILLAH... ada rezeki buat mereka... :)

Uniknya... ada ramai tuan-tuan kedai di situ memerhatiku...
dan dengan izin ALLAH S.W.T... dari kedai hujung ke hujung yang lain... hampir setiap kedai akan meletakkan sama ada Frieskies atau Whiskas di depan kedai mereka untuk kucing-kucing ini... Kita tak perlu memberitahu orang apa yang perlu dibuat.. memadailah kita menunjukkan tauladan yang baik, kerana ALLAH S.W.T... sekalipun yang memerhatikan kita itu, bukan seorang Islam...

Buktinya... salah satu kedai di situ... adalah milik seorang Chinese...
maka dia bertanyakan kepadaku...
"Adakah itu kucing mu...?"
diriku menjawab.. "tidak..."
maka ditanya oleh nya lagi...
"Lalu kenapa dirimu memberinya makan...?"
diriku menjawab spontan sahaja...
"sebab mereka juga seperti kita... lapar... dan perlukan makan... maka adalah suatu yang baik kalau kita tidak membiarkan mereka lapar... bahkan mungkin rezeki kita akan dimurahkan atas asbab itu... "
dia pun mengangguk..
sejak itu.. diriku melihat dia menyediakan biskut kucing... di depan kedainya yang diletakkan dalam mangkuk...
membuatku ku tersenyum... :)

Sepertimana yang diriku nyatakan sebelum ini...
bermusafir ke kebanyakan tempat dengan 3 tujuan utama... iaitu..
~ melihat kebesaran ALLAH S.W.T.
~ menziarahi masjid-masjid
~ menziarahi kucing (atau haiwan lain seperti kangaroo... dan seumpamanya)..

maaf... shopping tidaklah termasuk dalam urusanku kerana ia hanya dilakukan apabila benar-benar perlu sahaja.... kerana diriku tidak mahu rumahku seperti sebuah shopping mall mini... penuh dengan barang-barang... memadailah ada surau dalam rumahku... kerana seringkali orang datang rumah kita.. bertanya.. mana qiblat... mana nak ambil wuduk... mana sejadah...
Jadikanlah ia suatu kesempurnaan dengan meletakkan tanda qiblat di rumah dan sejadah disediakan yer.. Insya Allah... :)

Jika tidak tahu di mana nak dapatkan penunjuk arah qiblat... Dapatkanlah di Yayasan Restu (berhadapan Masjid Shah Alam)...

Arah qiblat yang tepat, boleh gunakan software seperti QiblaMap atau True Qiblat..
Jangan gunakan kompas biasa sebab ada gangguan magnetik..

Merujuk kepada aspek menziarahi kucing...
maka.. baru-baru ini, diriku ke Tokyo, Jepun... berjalan seorang diri.... di "Shibuya Crossing"...
Sesiapa yang ada melihat "Tokyo Drift", maka tahulah apa itu "Shibuya Crossing"...
di sana, tujuanku jelas... mencari kucing...
jalan seorang diri... lalu ku bertemu dengan "sahabat baikku" ini....



Kucing yang mendongakkan kepala itu, ku tunggu...

Di situ... orang lain kerap mengejar kucing, untuk membelai... namun diriku ketika masuk di situ, baru sahaja masuk.. terus ada seekor kucing duduk di sebelah ku... lalu ku belai ia..

Setelah 'geng meow' ini makan... maka kucing yang mendongakkan kepalanya itu, datang kepadaku... lalu minta diriku mengusap ia....
inilah gambarnya apabila duduk disebelahku setelah ia makan...



Kucing di Tokyo, Jepun

Orang di sekeliling terpinga-pinga sebab mereka perlu bersusah untuk mendapatkan kucing, namun diriku hanya duduk dan nantikan kedatangan mereka... dan saat itulah ku tunggu.. sebab mengusap kepala meow, memang amat ku sukai... :)

Ada beberapa perkara berkenaan kucing yang suka diriku kongsikan...
~ Lidah kucing tidak boleh merasa makanan manis, hanya untuk masin.
~ Kucing boleh mendengar frekuensi bunyi yang manusia atau anjing tidak mampu mendengarnya.
~ Kucing menggunakan misainya untuk mengukur sejauh mana ia boleh melalui tempat sempit.
~ Kucing boleh berlari selaju 48 km/j.
~ Anak kucing banyak tidur sebab hormon tumbesaran dirembes ketika ia tidur.
~ Kucing berpeluh melalui celahan tapak kaki.
~ Apabila seekor kucing itu menekan-nekan kaki nya, bermakna kita sudah menjadi miliknya.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita. ”
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad-Darimi, Ahmad, Malik)

Ada beberapa kelebihan pada kucing yang ALLAH S.W.T. ciptakan buat kita...
Subhanallah....


Kucing mempunyai getaran yang dinamakan sebagai ‘Purring’...
Purring pada seekor kucing mempunyai getaran antara 20-140 Hz yang kita tidak perasan dan ia dikatakan menjadi terapi perubatan yang baik untuk pelbagai penyakit..
Membelai kucing yang sedang membunyikan purr akan menenangkan yang membelai. Ia akan meredakan tekanan kepada mereka yang membelainya..
Orang yang memelihara kucing mempunyai risiko kurang 40% peluang untuk di serang penyakit jantung, berbanding mereka yang tidak memelihara kucing..
Getaran purr kucing ini boleh menyembuhkan luka dalaman badan seseorang..
Jika kita mempunyai otot yang kejang dan bengkak otot, getaran purr kucing ini boleh memulihkannya..


 Getaran purr boleh mengurangkan risiko terkena penyakit Disponea (sesak nafas).. 
Getaran purr antara 25 – 50 Hz dan getaran 100 – 200 Hz membantu meningkatkan kesihatan tulang kita.. iaitu ia menambah kepadatan tulang..
Berinteraksi dengan kucing dan mendengar getaran purr kucing dapat membantu dalam menurunkan tekanan darah dan menstabilkannya... :)
Sayangilah meow...


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Sayangilah makhluk yang ada dibumi, nescaya yang ada di langit akan menyayangimu."

(Hadith Riwayat At-Thabrani)

Walaupun lagi beberapa jam diriku akan bermusafir, namun mencari kesempatan untuk berkongsi dengan saudaraku sekalian yang budiman lagi dikasihi ALLAH S.W.T..
 
video


Rakaman di atas diambil sewaktu berada di Cullen Bay, Darwin, Australia, sewaktu berada di sana dalam bulan Oktober lepas... dan Insya Allah, dalam penceritaan seterusnya, akan diceritakan berkenaan Darwin secara lebih lengkap, termasuk masjid nya... Insya Allah...

Begitu indah sekali keindahan matahari terbenam... Subhanallah...

Dalam dua jam yang berbaki ini, sebelum diriku akan bermusafir lagi, ingin ku kongsikan keindahan sunset (matahari terbenam)... pantai... dan masjid...
Janganlah hanya pantai sahaja yang kita sukai.... tetapi masjid umpama pantai di hati kita....

Ketika mata melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T... keasyikan matahari hilang dari pandangan dengan berlatarkan gelombang laut nan tenang... hati mula memikirkan akan firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Yaasin...

Surah Yaasin, ayat ke 37-40, yang bermafhum :
“Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam;
Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita;
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;
ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;
itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;

Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat,
sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya –
(berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat mendahului siang;
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”
Sebelum diriku membawa minda kita kepada kesyahduan senja nan indah...
untuk rakaman video di bawah sewaktu diriku keseorangan di sebuah pantai di Labuan baru-baru ini... berhampiran dengan sebuah masjid.. sementara menunggu azan bagi solat Marghrib...

Untuk melihat dua video di bawah, diriku sarankan untuk pause atau hentikan sebentar lagu latar blog ini kerana kedua-dua video di bawah mendendangkan bunyi latar yang begitu menggamit hati... mencari ketenangan...

Seorang pemuda yang sedang gelisah hatinya bertemu Ibn Mas'ud untuk meminta nasihat. Ibn Mas'ud berkata : "Carilah hatimu di tiga keadaan. Saat mendengar ayat-ayat Al-Quran dikumandangkan, di majlis-majlis tempat orang berzikir dan pada saat engkau berada sendirian di tempat sunyi. Jika tidak kamu dapatkan hatimu di tempat-tempat ini, maka bermohonlah kepada ALLAH agar mengurniakan hati lain, sebab pada dasarnya engkau tidak mempunyai hati."

Abu Darda' pernah berkata :
"Wahai anakku, hendaklah masjid menjadi rumahmu. Kerana masjid rumah orang bertaqwa."



video



ALLAH S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Jaathiyah, ayat ke-13, yang bermafhum : “Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu,
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi,
(sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya;
Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda
(yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya)
bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.”

ALLAH S.W.T. jua ada berfirman dalam Surah Ali 'Imran...
Surah Ali ‘Imran, ayat ke-190 dan 191, yang bermafhum :
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) :
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”



video


Dikala ini, diriku berjalan seorang diri dan tenggelam di sebalik keasyikan keindahan ciptaan ALLAH S.W.T...


Ketika diriku melangkah menuju ke masjid di tepian pantai ini...
Coast Meet Mosque...

 





Coast Meet Mosque
Inilah masjid di tepian pantai...
Cintai masjid atau pantai...? Fikir-fikirkanlah....


Berjalan seorang diri hingga ke hujung tanjung... indahnya sunset..
Subhanallah....

Subhanallah... Walhamdulillah... Wa laa ilaa ha illallah...

Gambar yang diambil ini, tidak diubah warnanya... warna asal langit...
Subhanallah...





Dalam masjid tersebut.. di Labuan...



Sunset di Adelaide, Australia... Subhanallah...

Sunset dari pandangan dalam pesawat...


Sunset  di Cullen  Bay, Darwin, Australia
Sunset di Darwin, Australia... Subhanallah....

Mari bicara berkenaan awan... hujan...



Sepertimana yang ku janjikan berkenaan awan....
Ada pelbagai jenis awan...
Jenis awan adalah :


Awan rendah, iaitu di bawah 2000 meter yang terdiri daripada : 
Stratus 
Stratocumulus 
Nimbostratus

Awan sederhana tinggi pula (2000 meter hingga 6000 meter) : 
Altostratus 
Altocumulus

Awan tinggi (melebihi 6000 meter) :
Cirrostratus 
Cirrus
Cirrocumulus

Ada awan terus menegak dari bumi hingga ke aras tertinggi…
Awan ini kita sebut sebagai :
Cumulus 
Cumulonimbus

Biasanya, awan pembawa hujan adalah awan Cumulonimbus dan Nimbostratus.. 
Menceritakan berkenaan ada hujan di sana.. 
Tiada hujan di sini... 
dan di suatu kawasan, berlainan taburan hujannya... 

Kenapa yer...?

Ingin diriku kongsikan…. atas permintaan saudara budiman yang memberi komen..   
Saya akan buatkan ia amat mudah difahami...
Walaupun ia amat kompleks dan lebih bersifat teknikal.. 
Tetapi untuk menjadikan ia mudah difahami dengan bahasa asas... 
diriku akan buat secara kiasan yer... 

Awan ditiup atau dibawa oleh angin…

umpama kipas yang meniup helaian kertas yang direnyuk seperti bebola kecil di atas meja…

Awan cumulonimbus mulai terbentuk ketika angin meniup awan cumulus ke kawasan tempat berkumpulnya awan jenis ini…

Seterusnya, awan cumulus ini bergabung lalu membentuk awan yang lebih besar…

Umpama memampatkan adunan roti canai ketika proses pembuatan…
Awan cumulus ini semakin dimampatkan dan didorongkan menegak. 

Umpama roti canai yang dibuat tadi…
Bahagian tengah lebih utuh berbanding sisi…
Bezanya, ia semakin membesar umpama kek yang dicampur tepung penaik…


Tapi kek akan membesar ke semua arah…
Awan cumulus ini membesar secara menegak dan aktif…
untuk membentuk cumulonimbus…


Menegak dan terus menegak… hingga ke aras yang lebih sejuk atau lebih rendah suhunya.
Di aras ini lah, titisan air dan ais mulai terhasil dan membesar (seperti kek tadi)..


Membesar dan terus membesar… dan semakin berat…

Sekarang cuba kita angkat berat…
bebanan semakin ditambah sedikit demi sedikit….
dan dinisbahkan kepada awan tadi yang semakin memberat air dan ais nya…
umpama ditambah pemberat apabila kita masuk gym….
sampai satu peringkat… kita dah tak mampu….


Lalu apa jadi yer….?
hujan pun turun….. atau hujan ais…
jangan duduk luar jika hujan ais yer…
nanti kepala boleh bocor... seperti kisah dalam Pendekar Bujang Lapok.. :)


harap kisah awan yang kompleks ini, yang telah saya tukar ke bahasa mudah…
akan dapat difahami yer….


Jadi, bagaimana pakar ahli cuaca tahu berkenaan sistem cuaca yer…?


Penelitian… kajian… dengan alat-alat yang canggih seperti satelit, belon udara, pesawat dan sistem yang lain, yang dikaitkan dengan kajian angin, kelembapan udara serta tekanan yang selalunya dipanggil dalam kiraan hectopascal…

1 hPa = 100 Pa = 1 mbar
1 kPa = 1000 Pa

Tekanan udara yang standard adalah :
101.325 kPa

Mungkin agak memeningkan kepala apabila bermain nombor…
Tapi usahlah bimbang yer…
diriku permudahkan… :)
Sekarang, setelah diriku ringkaskan hal awan tadi…
Marilah kita buka minda kita disebalik kisah awan…..
dengan aspek kebesaran ALLAH S.W.T. yer…. 

Mari kita ingat kembali kepada firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Ali ‘Imran,
ayat ke-191 di atas iaitu :
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati ALLAH semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi
(sambil berkata) :
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari azab neraka.”

dan… kita kaitkan juga dengan firman ALLAH S.W.T. dalam Surah An-Nuur,
ayat ke-43, yang bermafhum :
“Tidakkah engkau melihat bahawasanya ALLAH mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudiannya Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis?

Selepas itu engkau melihat hujan turun di celah-celahnya.

Dan ALLAH pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.”
Sama tak dengan apa yang saya ceritakan di atas dan dibandingkan dengan ayat Al-Quran di atas…?
Subhanallah……..

Semuanya dinyatakan dalam Al-Quranul Kariim…… Allahu Akhbar….
Berkenaan kilat itu…
Cubalah dengar ceramah agama yang diselitkan dalam laman saya ini…
berkenaan bidadari yer..
Ia ada kaitan berkenaan kilat tersebut….

Kek pun dah siap….
kita pun sapukan dengan icing..
maka berkilatlah kek tersebut….
Tetapi, kilatnya icing kek… ia sedap….
Namun, awan yang menghasilkan kilat, ia suatu yang mengerikan…

Seterusnya…
Berkenaan kilat…
Sepertimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nuur di atas….

Sesiapa yang suka main guli ketika kecil akan faham… atau yang suka main congkak…

Dalam awan tadi, ada bongkah ais… yang kecil.. dan yang besar…
guli kecil… guli besar…
ketika guli (ais) kecil ini saling berlanggaran dengan guli (ais) besar…
ia langsung membeku dan menghasilkan elemen panas…

Elemen panas ini menjadikan guli besar (ais besar) lebih hangat berbanding guli kecil (kristal ais) di persekitarannya….

Bak hati yang panas…

Guli kecil (kristal ais) mengalirkan elektron kepada guli yang besar (bongkah ais besar) yang lebih hangat tadi…

Hasilnya, guli besar itu mengandungi elemen cas negatif..

Kristal-kristal halus yang suhunya terlampau sejuk juga akan berlanggar dengan bongkah ais tadi… dan ini menghasilkan cas positif…

Natijahnya, partikel yang lebih ringan yang bercas positif naik ke bahagian atas manakala elemen negatif (guli besar / bongkah ais) turun ke bahagian bawah awan..

Perbezaan ini di antara bahagian atas dan bawah akan menyebabkan cas negatif dibebaskan dalam bentuk kilat mahupun petir.

Dengan akal kita yer…
Di zaman Rasulullah S.A.W., orang belum ada teknologi yang memahami ini…
namun Al-Quran telah menjelaskannya dengan begitu terperinci dan mudah difahami… 

Sebagai tambahan…
Berapa cepat kilat ini dihasilkan yer…?

Hanya mengambil masa 0.2 saat…
dan seperti enjin kereta…
ada ulangan pergerakan yang dipanggil stroke…
setiap stroke yang dihasilkan untuk pembesasan cas..
mengambil masa kurang daripada 1 mili saat yang tak mampu dilihat oleh
mata kita betapa cepatnya itu…

Arus yang dihasilkan… boleh mencapai 200,000 ampere….
Awan yang menegak, mampu menyimpan 100 juta volt…

Di rumah kita… yang elektrik mengalir dalam rumah kita…
Berapa volt dan ampere yer..?
Hanyalah 240 volt dan 200 ampere maksimum…

Kalau dibandingkan dengan 100 juta volt dengan 240 volt…
dan… antara 200,000 ampere dengan 200 ampere…
agak-agak… api neraka, bagaimana yer…?

Walaupun pada mulanya diriku tidak mahu menceritakannya sebab mengerikan..
Tetapi…
Alang-alang menceritakan hal kilat…
Mari kita buat perbandingan dengan neraka pula yer…

Kata Abu Hurairah r.a, (yang bermaksud):
Kami bersama-sama Rasulullah S.A.W., maka kami mendengar suara yang sangat hebat lagi dahsyat.
Baginda bersabda: "Tahukah kamu sekalian suara apakah ini."
Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda bersabda: "Ini adalah suara batu yang dilontarkan ke dalam neraka Jahannam sejak 70 tahun dan sekarang baru sampai ke dasarnya."

Dari Abu Said Al-Khudri r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Pembatas neraka itu terdiri dari empat dinding yang tebal. Setiap dinding jaraknya sejauh empat puluh tahun perjalanan."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah, r.a. katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :

"Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari qiamat dengan dua mata yang melihat dan dua telinga yang mendengar serta lidah yang bercakap lalu berkata:

"Aku diberi kuasa menyeksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu – yang lain dengan Allah dan orang-orang yang membuat gambar."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Ramai kita suka "sun bathing" di tepian pantai…
Baju basah pun mula mengering…

Namun…
Tahukah kita…
Suhu permukaan matahari adalah 5500 darjah Celsius…
Suhu terasnya pula adalah 15 juta darjah Celsius….

Mari kita lihat perbanding bumi.. matahari… dan api neraka…
sebagai peringatan bersama…
biasanya… suhu api di dunia…
api warna merah adalah di bawah 1000 darjah Celsius…
api warna biru adalah di bawah 2000 darjah Celsius… (biasanya di dapur)..
api putih.. biasanya untuk kimpalan… melebihi 2000 darjah Celsius…

Suhu permukaan matahari… 5500 darjah Celsius..
Suhu teras matahari… 15 juta darjah Celsius…

Api paling panas… warna apa yer..?
Ia warna hitam…

Jadi…. suhu apakah ia…?

Neraka mempunyai 7 pintu yang ditutup rapat supaya suhu panasnya kekal pada tahap yang maksimum…

Api neraka itu 69 kali kepanasan api di dunia…
Suhu api di dunia sudah dinyatakan…..
Suhu kilat berapa yer…?
Dalam sekitar 30,000 darjah Celsius….
Para sahabat pernah mengatakan bahawa cukuplah kalau api neraka itu sepanas api dunia.

Jawab Rasulullah S.A.W. : "Kalau api neraka itu sepanas api dunia, ahli neraka masih boleh tidur di dalamnya."

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W., sabdanya (yang bermaksud):
"Kepanasan api kamu yang digunakan oleh anak Adam di dunia ini hanyalah sepertujuh puluh kepanasan api Neraka Jahanam."

Sahabat-sahabat Baginda berkata:

"Demi Allah! Sesungguhnya sekadar itu pun cukuplah untuk menyeksa."
Baginda S.A.W., bersabda: "Meskipun demikian, kepanasan Neraka jahanam ditambah melebihi kepanasan api dunia sebanyak enam puluh sembilan bahagian yang tiap-tiap satunya seperti kepanasan api dunia ini."

Neraka sendiri tidak tahan dengan kepanasnya, ia meminta izin dari Allah untuk menghembuskan nafasnya ke dunia, lalu diizinkan. Satu nafas neraka yang dihembuskan cukup untuk kegunaan dunia selama satu tahun.

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Neraka mengadu kepada Tuhannya.

Kata neraka: Ya Tuhanku, sebahagianku memakan sebahagian yang lain.
ALLAH lalu mengizinkan neraka untuk menghembuskan dua nafas, nafas pada musim dingin dan nafas pada musim panas. Nafas yang kedua adalah hawa paling panas yang biasa yang engkau rasakan. Nafas yang pertama adalah hawa paling dingin yang engkau rasakan.

Matahari itu sangat juga panas kerana cahayanya berasal dari api neraka.
Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Telah diwakilkan kepada sembilan malaikat khas untuk melontar salji tiap-tiap hari kepada matahari. Kalau tidak dibuat demikian, terbakarlah alam ini."
(Hadith Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)

Bersedekahlah yer…
Senyuman pun sedekah…
Beri makan kucing pun sedekah…

Tak perlulah kita tunggu kucing itu gebu, baru nak beri dia makan yer…
sekalipun kucing itu di tepi longkang.. kasihanilah ia yer...

Dalam Surah Al-Baqarah, ayat ke-271, ALLAH S.W.T. berfirman yang bermafhum :
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik).

Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu;
dan ALLAH akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.

Dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Bersedekah lah yer…
Jangan bimbang akan kekurangan harta kita..
Harta kita akan bertambah dengan bersedekah…

Sekiranya kita pernah menaiki kapal laut dalam masuk ke dalam cuaca yang ganas.. atau semasa menaiki pesawat, masuk dalam awan yang aktif menghasilkan cas...

Di permukaan pesawat, di bahagian yang ada ketajaman...
akan kelihatan "lightning baby" atau dengan bahasa rasminya.. kita panggil sebagai "St. Elmo's Fire"..

Diriku panggil sahaja "lightning baby" supaya lebih mudah difahami yer...

"Lightning baby" ini... kecil sahaja... dan wujud di permukaan cermin pesawat ketika pesawat tersebut masuk ke dalam cuaca yang agak aktif...

Plasma ini  dihasilkan akibat pembebasan cas corona... yang dihasilkan melalui objek tajam di persekitaran pesawat ketika masuk awan aktif..

Medan elektrik yang dihasilkan antara benda yang tajam tersebut dengan molekul udara, menyebabkan berlakunya proses ionisasi... yang menyebabkan wujudnya pencahayaan yang dapat dilihat ketika cuaca gelap...

Sekalipun kecil saiz nya... sepertimana yang ku panggil sebagai "lightning baby"...
namun, tiada siapa yang berani menyentuhnya...
kerana, setiap 1 sentimeter persegi, menghasilkan dalam 1000 volt...
jadi, usahlah dicuba untuk menyentuhnya yer...

Asas penceritaan ini, dirujuk kepada sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Barangsiapa yang menunjukkan kepada sebuah kebaikan maka baginya seperti pahala pelakunya."
(Hadith Riwayat Muslim)

Dan…
Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Fusshilat, ayat ke-33 yang bermafhum :
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) ALLAH, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah sepenuhnya kepada ALLAH)!"

Seperkara lagi…
diriku yang biasa ini….
Mungkin kita jarang buat yang ini…

Diriku ingat lagi….
sewaktu diriku kecil…
berjalan bersama ibuku….
kami berdua.. duduk…. makan bersama…
apabila hendak membayar…
ada yang telah membayarkan… tanpa memperkenalkan diri…

Diriku pun ikut membuat yang sama…
walaupun seringkali makan alone…
tapi.. kita boleh lihat di meja sana…. kanak-kanak sedang makan…
atau.. ada orang tua yang kelihatannya agak sedih melihatnya…
atau.. para pelajar universiti yang sering mengikat perut…

kita lihatlah apa yang dimakan nya…
kita makan cepat…
dan bayarlah apa yang dimakannya..
lalu kita terus menghilangkan diri..

jangan tunggu dia mengucapkan terima kasih sebab
lebih baik dia tidak mengetahui siapa kita…
kita tidak tahu amal mana yang mungkin menyelamatkan kita dari azab kubur..
dari api neraka….
sebab kita tak mampu menghadapi api neraka ini, saudaraku…

Mari ku iringi ke arah jalan sedekah ini…

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Sedekah meredakan kemarahan ALLAH dan menangkal (mengurangi) kepedihan sakaratul maut."

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari ALLAH) dengan mengeluarkan sedekah.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)

ALLAH S.W.T. berfirman dalam hadith qudsi (yang bermafhum) :
"Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), niscaya Aku memberikan nafkah kepadamu."
(Hadith Riwayat Muslim)

"Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir, seratus biji. ALLAH melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan ALLAH Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-Baqarah, ayat ke-261)

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sedekah) sebutir kurma."
( Mutafaq’alaih)

Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) :
"Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya."
(Hadith Riwayat Ahmad)

"Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana."
(Hadith Riwayat At-Thabrani)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada orang yang mengeluhkan kekerasaan hatinya kepada baginda :
"Jika kamu hendak melembutkan hatimu, maka berilah makan orang miskin dan usaplah kepala anak yatim."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa sedekah dari seorang Muslim meningkatkan (hartanya) dimasa kehidupannya, meringankan kepedihan saat mautnya, dan Allah hilangkan perasaan sombong dan ego dari dirinya.
(Fiqhus-Sunnah)

Rasulullah S.A.W. bersabda :
"Sedekah dapat menyelamatkan manusia dari kematian yang buruk."
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya."
(Surah Ali ‘Imran, ayat ke-92)

Nabi SA.W. bersabda, yang bermaksud :
"Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata :

"Yaa ALLAH, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’ sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata.

Yaa Allah, berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)."
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam Surah Saba’, ayat ke-39, yang bermafhum :
"Katakanlah (wahai Muhammad) :

"Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

Dalam Surah Al-Hadiid, ayat ke-18, firman ALLAH S.W.T. yang bermafhum :
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada ALLAH, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan".
Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, ia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh hasad (iri hati) kecuali (kepada) dua orang. (Iaitu) seorang yang diberikan Al-Qur’an oleh Allah, lalu ia mengamalkannya siang dan malam. Dan seorang yang dikaruniakan (kekayaan) harta oleh Allah, lalu ia menginfakkannya di (jalan) kebenaran siang dan malam."

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad di jalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka."
(Hadith Riwayat Bukhari)

Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Faatir, ayat ke-29 dan 30, bermafhum :
"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab ALLAH dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;
Supaya ALLAH menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya),"
Saudaraku yang ku kasihi…

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Kasihanilah terhadap mereka yang ada di muka bumi, maka yang di langit akan mengasihimu."


Sunset di Melbourne, Australia...
Memandangkan diriku perlu untuk bermusafir sekarang untuk menziarahi ibuku...
maka ku akhiri dahulu, untuk kali ini...

ku dapati, ada yang belum berkesempatan membaca post yang sebelum ini...
bacailah ia...
yang dimulai dengan :

One Small Move...
Lonely Bird... Tawakal...
Nukilan Hati Pengembara...
Catatan Pemikiran Musafir...
Mosque 2 Mosque....

Jom kita ke masjid.... kerana kita tidak tahu bila kita akan 'pergi'.....
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Setiap langkah menuju tempat solat akan dicatat sebagai kebaikan dan akan menghapus keburukan."
(Hadith Riwayat Ahmad)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa bersuci di rumahnya lalu dia berjalan menuju salah satu dari rumah ALLAH (iaitu masjid) untuk menunaikan kewajiban yang telah ALLAH wajibkan, maka salah satu langkah kakinya akan menghapuskan dosa dan langkah kaki lainnya akan meninggikan darjatnya."
(Hadith Riwayat Muslim)


Masjid Al-Falah, USJ 9... ziarahi lah yer...

Semoga ada manfaatnya.. dan diterima ALLAH S.W.T.. aamiin...

Salawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W. serta keluarga dan para sahabat....

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...












27 comments:

Anonymous said...

Adakah sunset lebih menarik berbanding sunrise? sbb semuanya gambar sunset..

Tertanya2 apa yg menarik psl masjid Darwin sbb dlm pos sblm ni pun ada sebut.. Kami sabar menanti tak kira bila sekalipun tuan nak cerita.. Selamat Bermusafir.

sheikh-sss said...

Sunrise adalah syuruk..
Sunset adalah Marghrib...

Sunset di tepi laut, punyai nilai perspektif yang membawa diri ke sudut menyelami hati, jika kita mahu memikirkannya di saat itu.. atau sekadar melihat tanpa meninjau perspektif di sebaliknya..

Insya Allah...
Syukran Jaziilan atas penantian itu...

Jika ada keizinan dari-Nya... dan panjang umur..

Jazaakallah...


Anonymous said...

Tak pernah terfikir sebelum ni betapa indahnya sunrise & sunset ciptaan Allah Yang Maha Agung apabila dilihat dari tepi pantai. Tak pernah terfikir nak menghayati keindahannya. Baca kat sini baru le sibuk cari di youtube. Kedua-duanya cantik dan menenangkan walaupun hanya sekadar melihat video. SUBHANALLAH...

Bumi memerlukan kedua-duanya. Adanya sunset kerana adanya sunrise, dan begitulah sebaliknya. Sunrise takkan wujud jika sunset tak wujud, dan begitulah sebaliknya. Betapa sempurna Allah mencipta dan mengatur kedua-duanya. Begitulah juga, betapa sempurna Allah mengatur pahit manis suka duka hidup setiap daripada kita, jika dihayati dari sudut 'Mencari keredhaan dan keampunan-Nya'. WALLAHU'ALAM..

Semoga Allah beri saya kesempatan melihat dan merasai kedua-duanya secara live. Mungkin udara ketika sunrise lebih segar dan menenangkan macam udara segar yang kita suka hirup dalam-dalam di awal pagi. Mungkin lebih segar dari tempat lain kerana lokasinya yg berada di tepi pantai.

Sunset & sunrise..kedua-duanya sangat istimewa...

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.
Betul, kedua-duanya istimewa.

Namun, marilah kita rujuk kepada Surah Yaasin, ayat ke-37 hingga ke-40.

Ketika sunrise, pergilah ke pantai setelah solat Subuh di masjid, dan situasi masjid memperdengarkan bacaan adalah menghampiri Marghrib, dan selalunya bukan waktu syuruk, tetapi waktu Marghrib.

Konsep blog ini lebih kepada meng-akhirat-kan dunia melalui perspektif kebesaran ALLAH S.W.T. dan aspek nyaman, di mana-mana jua mungkin kita akan merasai... Namun, yang paling penting, adakah kita mampu melihat di sebalik keindahan suatu ciptaan ALLAH S.W.T. yang menggamit perasaan tersebut... itulah yang sebaiknya yer.

Selamat ke masjid...
Tidak berapa lama lagi menghampiri Marghrib...
Malam Jumaat... yang selalunya dibacai Surah Yaasin....
Di kesempatan itu nanti, rujuklah Surah Yaasin ayat ke-37 hingga ke-40...
Hayatilah maksudnya dan kaitkanlah dengan kejadian malam dan siang...
Nescaya, kita akan lebih menghargai..

Selamat mengunjungi Masjid yer..
Semoga senantiasa dalam kebaikan...

Terima kasih.

Anonymous said...

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarokaatuh.

Saya hargai keseriusan tuan. Walaubagaimanapun, tidak salah jika orang lain memandang sesuatu ciptaan Allah itu dari sudut pandangan yg berbeza berbanding pandangan tuan. Yg penting, semuanya dikembalikan kepada kekuasaan Allah. Saya tiada peluang terbang melihat seluruh pelusuk dunia, melihat pelbagai pemandangan dari ketinggian sehingga berpuluh ribu kaki. Pastinya pengalaman tersebut mempengaruhi cara tuan menafsir dan memikirkan sesuatu keindahan alam atau sesuatu kejadian. Saya juga melihat apa yg tuan lihat tp dari gambar & video shj. Jadi, tafsiran saya utk suatu yg sama akan berbeza dari apa yg tuan tafsirkan, walaupun saya juga cuba "meng-akhiratkan dunia melalui perspektif kebesaran Allah S.W.T".

Bukankah rasa nyaman, selamat dan selesa itu adalah sebahagian dari tanda kekuasaan Allah? Bukankan perasaan itu juga dapat mengingatkan kita untuk bersyukur dan menginsafi kekuasaan Allah? Semuanya boleh bertukar menjadi sebaliknya dalam sekelip mata jika Allah menghendaki.

Saya faham jika tuan tak suka komen saya. Tapi, saya harap sangat tuan tak berhenti share perkara-perkara bermanfaat dalam blog ni. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kerana tuan sudi berkongsi pengalaman dan ilmu yg sgt bermanfaat.

Salam Jumaat. WASSALAM.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh, saudara yang budiman yang dikasihi ALLAH S.W.T..

Walaupun sekarang adalah waktu Subuh dan sebentar lagi, hendak bermusafir selama 4 hari.. saya di sini ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keinginan saudara untuk mengetahui lebih mendalam dan semoga dengannya saudara dan semua yang lain, senantiasa dalam hidayah ALLAH S.W.T. dan termasuk dalam golongan ahli Syurga Firdaus...

Insya Allah, musafir selama 4 hari ini, akan saya lihat skop yang dapat saya nukilkan untuk manfaat bersama... Insya Allah..

Insya Allah, dalam post yang seterusnya, saya akan menceritakan perjalanan di Darwin, Australia...

Subuh telahpun masuk, waktu untuk menunaikan solat.

Semoga senantiasa dalam limpah rahmat serta kasih sayang ALLAH S.W.T. buat semuanya dan diucapi "Jazaakallah" atas sokongan.

Segala yang baik itu, daripada ALLAH S.W.T. jua..
selaras dengan maksud Surah Al-'Asr yang bermaksud :

"Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Mari kita sama-sama memperbanyakkan salawat yer...

Terima kasih.

Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.

Fakhrul Radhi said...

As Salam buat saudara-saudaraku yang dikasihi sentiasa.

ALhadmulillah syukur kehadrat Ilahi, baru hari ini saya sempat menyinggah di blog Tuan kerana baru pulang dari Outstation. Saya seringkali mengikuti perkembangan di blog ini dan kesemua post-post tuan juga saya sudah baca termasuk komen-komen dari pembaca lain.

Alhamdulillah.

Di sini, saya tertarik dengan hujah / pendapat antara "Anonymous" dan juga dari Penulis.

Pada pandangan saya, kedua-duanya BETUL. Saya cuba menempatkan diri saya di sisi "Anonymous" dan juga di sisi "Penulis". Namum, yang membezakannya adalah cara pemikiran dan juga pengalaman masing-masing.

Saya ringkaskan apa saya faham dari sudut "Anonymous".
Pandangan saya, sebelum ini semua orang pernah lihat sunrise dan juga sunset. Namun tidak semua orang melihat keindahan itu dengan menghayatinya malah ada yang tidak pernah terfikir betapa indahnya ciptaan Allah, apatah lagi jika keduanya di lihat di tepian pantai. Ada manusia hanya melihat sekadar melihat, ada manusia yang melihat sambil menghayati keindahannya, lalu dia bersyukur. Dan dengan adanya video serta gambar yang dipaparkan oleh penulis inilah yang membuatkan "Anonymous" tersedar betapa cantik dan indahnya sunrise dan juga sunset di tepian pantai..

Seperti kata "Anonymous", bumi memerlukan kedua-duanya. Adanya sunset kerana adanya sunrise, dan begitulah sebaliknya. Ini sama juga konsep yang ingin di sampaikan oleh Penulis bahawa bumi juga memerlukan kedua-duanya. Adanya siang kerana adanya malam, dan begitu juga sebaliknya.

Kerana apa? Kerana tiap-tiap apa yang Allah ciptakan itu, apa yang Allah berikan itu ada fungsinya dan kebaikkan disebaliknya. Seprti Allah mengatur pahit manis suka duka hidup setiap daripada kita, semua itu Allah tidak akan beri tanpa 'menghadiahkan' kita sesuatu. Pasti ada hikmah disebalik dugaan yang Allah berikan. Begitu juga jika dikaitkan dengan kejadian alam yang Allah ciptakan.

Dan dari aspek segar dan nyaman itu pula, pandangan saya di mana-mana juga ada udara segar dan nyaman.. cuma ditepian pantai itu mungkin menjadikan ia lebih nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan, ada laut, serta pelbagai hidupan dan alam semula jadi yang lain jika dibandingkan di bandar mungkin udaranya agak tercemar kerana asap kenderaan, kilang, etc.

Dan apa yang saya nampak dari sudut penulis pula,
Penulis lebih kepada melihat sesuatu ciptaan Allah S.W.T itu dengan memuji Kekuasaan serta Kebesaran Allah S.W.T. Misalnya, kenapa Allah jadikan siang dan malam, dan disebalik kejadian siang dan malam itu pula terdapat sebab dan fungsinya yang tersendiri.

Bagi penulis, apa yang dapat saya selami ialah beliau lebih kepada meng-akhirat-kan dunia melalui perspektif kebesaran ALLAH S.W.T. Hal ini kerana, tiap-tiap apa yang kita lihat, kita fikir, kita memuji Kebesaran Allah ia mendatangkan pahala.

Contohnya, duduk sendirian di pantai sambil menikmati pemandangan indah tetiba terdedik di dalam hati "Subhanallah, indah sungguh ciptaan-Mu ya Allah". Hanya terdetik sebegitu saja, sudah mendapat pahala. Maka, saham akhirat kita juga turut diperolehi yakni (pahala).

Jadi, pendapat saya berkaitan dua hujah atau komen Tuan berdua, kedua-duanya BETUL.
Cuma atas dasar pengalaman itulah yang menjadikan sesetengah perkara itu sedikit berbeza dalam memberi pendapat. Terpenting apa yang kita ingin capai itu TERCAPAI, iaitu mencari REDHA ALLAH S.W.T.

Anonymous said...

Waalaikummussalam warahmatullahi wabarokaatuh.

Perfect combination.. bermusafir + di hari Jumaat yang mulia. Dengan rasa rendah hati saya meminta, sudilah kiranya tuan masukkan saya ke dalam senarai orang-orang yang tuan doakan..

Jazakallahu khairan khathiiran.

Fakhrul Radhi said...

sambungan dari komen atas (kerana panjang sangat jadi saya bahagikan kepada 2)

dan pembetulan untuk ejaan "ALHAMDULILLAH" di atas.

***********************************************************************************

Sebagai contoh yang lebih mudah di fahami,
Ada 2 orang sahabat, seorang bernama Ahmad dan seorang bernama Halim. Kedua-dua mereka dari Perlis ingin menuju ke Johor. Seorang menaiki kereta dan seorang menaiki pesawat. Antara menaiki kereta dan pesawat itu semestinya merupakan pengalaman yang berbeza yang bakal mereka berdua tempuhi. Mungkin pengalaman Ahmad lain dan pengalaman Halim juga lain.. tapi akhirnya kedua-dua mereka tetap akan sampai di destinasi yang sama iaitu di Johor. Setelah sampai, mereka berdua saling berkongsi pengalaman masing-masing yang mereka lalui ketika dalam perjalanan ke Johor tadi.

Begitu juga antara "Anonymous" dan juga Penulis.Masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza dan cara pemikiran yang tersendiri, apa yang sama ialah misi menggapai / mencari Redha Allah serta mengumpul bekalan akhirat kita.

Sebaiknya berkongsi pengalaman itulah yang terbaik kerana tidak semua pengalaman itu kita laluinya / tempuhi.Maaf juga segala kekilafan saya dalam memberi pendapat atau pandangan ini.(My Humble Opinion).

Wallahu 'alam.

Love you brothers. Ukhwah FIllah Abadan Abada.

Pemburu Jannah said...

Assalamualaikum warohmatullah..

Saya ada 2 soalan untuk penulis..

Boleh ke penulis berkongsi cerita atau pengalaman ketika bermusafir dari segi cara solat semasa penerbangan dan juga bagaimana nak mencari makanan yang halal di sesetengah negara yang memang sukar nak dapati..

Di harap penulis sudi untuk berkongsi pengalaman atau tips dengan kami semua.

In Shaa Allah.

Anonymous said...

Mama cat n baby2 dia tu apa khabar skrg? Dah ada org ambik bela ker? Mungkin boleh share di grup2 kucing atau page2 mcm 'dunia kucing', 'dunia kucing kampung', 'oh my jep', 'republic of meow', 'dabak & the kampung cats' dll gambar kucing tu n di area mana boleh terus pi ambik. Biasa kalau bgtau page2 tu diaorang akan post d page. Mana tau ada yg nk ambik bela. Kalau jadi apa2 pd mama cat susahlah baby2 tu nak survive di jalanan..

Anonymous said...

Saya tergelak baca komen2 antara pembaca n tuan blog kat sini, walaupun tak de ayat yang lawak. Kalau tengok dari cara komen, nampak tuan blog ni jenis 'fokus' orangnya. Lepas tu pembaca pulak lari fokus. Terterabur habis dah agaknya apa yang nak difokus oleh tuan blog. Saya pun sama teringin nak tahu macam2, tapi nak fokus pada apa yang disaji oleh tuan blog terlebih dahulu, membaca dan menghayati apa yang dihidangkan.

Seronok juga bertukar2 pendapat. Asalkan bukan berkaitan perkara yang jelas halal n haramnya. Nama pun pendapat, tak de betul tak de salah.

Harap tuan blog lama tak update blog ni sbb tuan blog busy menguruskan kehidupan, bukan sebab merajuk. Semoga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama tuan blog sekeluarga..amiin.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh..

Sebagai makluman,
Segala perkara mahupun persoalan yang dikemukakan dalam komen di atas ini, telah dijawab melalui post terbaru yang diterbitkan sebagai post menjawab komen di atas ini... iaitu "Comment... Inflight Pray and Halal Aspects".

Saya akan fokus untuk post utama Darwin selepas ini... Insya Allah.

Terima kasih.
Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.

Lili Mariati Ali said...

Assalaamu'alaikum.... terima kasih diatas perkongsian ilmu dan pengalaman... saya belum abis baca kesemuanya... Insya-Allah ada kelapangan sy abiskan... sy suka gambar2 sunset... sgt2 cantik.. terima kasih.

sheikh-sss said...

Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wabarokaatuh. Bacailah kesemuanya sebelum makalah seterusnya dipaparkan. Ada beberapa foto sunset dan sunrise yang amat cantik, yang sengaja saya simpan untuk makalah seterusnya. Jadi, bacailah kesemua 7 makalah... 7 posts ini... sebelum saya terbitkan post Darwin yang sedang saya siapkan. Luangkanlah masa... Pasti ada jika kita tetapkan hati dalam usaha... Insya Allah...
Terima kasih.

Anonymous said...

Dekat Labuan pun ada aurora borealis ke?

Lili Mariati Ali said...

Assaalaamu'alaikum.... Insya Allah sy teruskan membaca post2 saudara... Alhamdulillah dan terima kasih diatas perkongsian ilmu... bnyk ilmu yg dpt sy perolehi dr pembacaan sy... dan permandangan alam dan masjid2 yg sgt2 cantik dr sudut pemerhatian saudara yg xsemua org berkesempatan melihatnya dikongsi dlm blog ini sgt2 sy hargai...

Lili Mariati Ali said...

Assaalaamu'alaikum.... Insya Allah sy teruskan membaca post2 saudara... Alhamdulillah dan terima kasih diatas perkongsian ilmu... bnyk ilmu yg dpt sy perolehi dr pembacaan sy... dan permandangan alam dan masjid2 yg sgt2 cantik dr sudut pemerhatian saudara yg xsemua org berkesempatan melihatnya dikongsi dlm blog ini sgt2 sy hargai...

sheikh-sss said...

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh wamarghfirah waridwaanuh...

Bagi menjawab persoalan "anonymous" tersebut...
Aurora terbahagi kepada dua...
iaitu Aurora Borealis (Nothern Lights) dan Aurora Australis (Southern Lights) yang terhasil daripada perlanggaran electron dengan atmosfera bumi yang bahagian teratas...

Namun yang di Labuan tersebut, saya lihat lebih kepada serakan cahaya senja yang ditonjolkan oleh ALLAH S.W.T. dengan diiringi keindahan bacaan Al-Quran serta laungan azan Marghrib, yang membawa kita menerawang memikirkan keindahan ciptaan ALLAH S.W.T...
Ucapan terindah adalah SUBHANALLAH....

Untuk Lili Mariati Ali...
Wa'alaikumussalaam warahmatullahi wabarokaatuh...
Alhamdulillah, teruskanlah membaca dan buat semua pembaca ada pelbagai foto terbaru yang telah saya ambil yang dengan izin-Nya, antara foto terbaik yang telah saya ambil yang diselangi dengan cetusan hati memikirkan kebesaran ALLAH S.W.T...
Terima kasih kerna menghargai dan sebaik-baik pujian hanya buat ALLAH S.W.T. jua... ALHAMDULILLAH...

Insya Allah..
Nantikanlah post yang selanjutnya, cuma ia sedikit mengambil masa atas faktor kesibukan dan info yang mencakupi segenap aspek yang bukan setakat pemandangan... Insya Allah...

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad....

Anonymous said...

"Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;"

"Dan sesungguhnya mereka dahulu, sebelum diturunkan hujan kepada mereka, adalah orang-orang yang telah berputus asa."

Ar-Ruum, Ayat 48 & 49

sheikh-sss said...

Assalaaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh... :)

An said...

Assalamualaikum.

Banyak juga ya...sampai 20 ekor meow Tuan pernah bela. Kami ada bela juga skrg ni ada 6 ekor. Kucing datang, dah makan tidur kt umah, kira kucing kami la tu. Dia nak merayau ke mana, sukati dia. Asal tak jadi masalah pada jiran2. Haritu balik kampung, tengah2 malam dengar bunyi misteri krik krik, neves betul. Pagi2 tu baru tau ada 2 ekor baby meow dalam kotak bawah baju2 bersangkut. Tak pandai mengiau lagi..

sekor hitam putih, sekor oren. Yang hitam putih tu garang, yang oren tu jinak montel betul. Balik ke perantauan, teringat2 pada baby meow oren montel tu, boleh senyum sorang2 bila ingat...

An said...

Sekarang Tuan ada bela meow juga ke?

AbangLong said...

Sejuk perut ibu mengandung.. Happy belated birthday, bro. Wish hari sama nanti ramai pulak yang tahu tarikhnya...belum sampai sebulan lagi lepas, kiranya boleh wish lagi.... May Allah bless you.

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh Wamarghfirah Waridwaanuh, An dan Abang Long...

Maaf lambat membalas...
Namun saya tetap membalasi yer..

An....
Bagus lah ada meow yang melahirkan anak dalam almari...
Neves yer... :)

Usah bimbang...
Kucing suka beranak di tempat yang selesa....
Saya pernah menjadi bidan kucing dan memastikan segala urusan kelahiran, tempat tidur, dan urusan lain buat meow.... selesai...
Ibu kucing akan kelip mata lama pada kita, tanda percayanya ibu meow itu pada kita...

Kucing hitam memang biasanya garang namun garang-garang manja....

Sekarang, saya tidak membela kucing kerana kucing saya ada di mana-mana... di kedai dan di mana jua...

Saya mencadangkan buat An...
Jika dalam kereta boleh letak makanan kucing.... dan jika ada jumpa kucing di mana-mana... berilah makan yer....
Insya Allah...

Buat Abang Long...
Thanks...
May ALLAH S.W.T. bless you... ;)

sheikh-sss said...

RESPECT OTHER PEOPLE BLOG. ASK PERMISSION. DO NOT SIMPLY PUBLISH ANY ADVERTISEMENT. IT IS NOT A RIGHT MOVE AT ALL. SAME AS SIMPLY ENTER OTHER PEOPLE HOUSE AND POST A POSTER. DO YOU LIKE YOUR HOUSE TO BE ENTERED WITHOUT PERMISSION. THINK BERORE YOU DO!

An said...

Marah siapa? Ad yg mana? Ehh menyibuk pulak...tak pasal2 kena fire jugak kang...