About Me


Bismillahirrahmaanirrahiim.
Alhamdulillah...
 
Assalaamu`alaikum warahmatullahi wabarokaatuh...
 
Bersamaan Ma'al Hijrah, 1 Muharram 1437 H, maka bermulalah lebaran baru untuk blog ini yang mana perkongsiannya, Insya Allah, memberi manfaat buat kita semua.
 
Sepertimana tajuknya, "Islamic Traveller", saya senantiasa merantau ke serata tempat di permukaan bumi, secara amat kerap, melihat kebesaran ALLAH S.W.T. yang indah dan mengagumkan, dan pada masa yang sama, mengintegrasikan aspek duniawi menurut perspektif akhirat.
 
Sepertimana kucing yang cute di atas, saya juga sepertinya, a lone ranger, yang merantau di serata tempat seorang diri, sambil melihat kucing di negara orang serta menikmati pemandangan nan indah di masjid serta alam yang mengasyikkan...
Subhanallah....
 
Semua gambar yang dipaparkan dengan paparan "www.sheikh-sss.com" di sudut gambar, adalah gambar yang dirakam sendiri tanpa bersumberkan daripada mana-mana laman sesawang dan "copyright reserved".  Ada juga beberapa gambar yang diambil oleh sahabat yang bersama saya ketika itu, di tempat dan waktu yang sama.
 
Semoga perkongsian ini nanti, ada manfaatnya, serta mendapat keredhaan ALLAH S.W.T....
 
Selaras dengan sebuah hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda (yang bermaksud) : 
"Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka dia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala mereka yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikit pun dari pahala-pahala mereka yang mencontohnya itu.
Dan barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka dia memperoleh dosa sebagaimana dosa-dosa mereka yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikit pun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu."
(Hadith Riwayat Muslim)
 
Semoga diterima ALLAH S.W.T.... aamiin.....
 
 
Kucing Cute,
Sheikh
 
 
 
 

5 comments:

Anonymous said...

FB fanpage "Islamic Traveller" tu tuan atau org yg tuan kenal ke adminnya? Kalau ada kaitan saya nak like..

sheikh-sss said...

Assalaamu'alaikum warahmatullahi wabarokaatuh.

FB "Islamic Traveller" adalah admin saya yang uruskan dan di kemaskini secara sisipan semasa.

"Like" lah apa yang baik.

Jazaakallah.

Anonymous said...

ok...faham..jelas tuan. Saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kalian berdua.. Amiinnn :)

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya cadangkan tuan sertakan juga URL sheikh-sss.blogspot.my bersama sheikh-sss.com bila share URL blog ini di mana2. Apa yang saya tahu, in case jika tak dapat mantain domain/hosting sheikh-sss.com atas sebab2 tertentu seperti kematian (maaf...) atau tetiba lepas satu masa tuan dah tak kisah pasal blog ni sampai domain/hosting expired, atau tiba2 hilang ingatan yang Tuan pernah ada blog, jika buka terus dari sheikh-sss.com mesti dapat mesej 'URL not found".

Tapi kalau buka sheikh-sss.blogspot.my akan redirect ke sheikh-sss.com jika domain/hosting masih available. Jika domain/hosting sheikh-sss.com dah tak wujud, blog tersebut masih boleh dilayari di sheikh-sss.blogspot.my walaupun tak redirect ke sheikh-sss.com, selagi blogger/google masih wujud. Jadi, berpanjanganlah kebaikan dari blog ini sehingga sampai satu masa yang sudah dtentukan Allah.

Sekadar cadangan..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...berikanlah kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada Tuan penulis blog ini...amiinn.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Terima kasih untuk segala perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat.

Kita semua adalah TRAVELLERS yang singgah sebentar di dunia ini, Mengumpul bekalan sebanyak-banyaknya untuk dibawa balik ke kampung halaman yang namanya Akhirat.

Kata Ustaz. lihat bagaimana pekerja dari luar yang datang ke Malaysia dengan tujuan mencari duit sebanyak-banyaknya untuk dibawa pulang ke negara asal, tanpa niat ingin menetap di sini..

Di akhirat, tiada lagi peluang mengumpul bekalan. Hanya bekalan yang dibawa dari dunia yang akan digunakan..

Wallahu'alam....